Muhyiddin: Kuasa asing masuk campur jika Anwar jadi PM
30 April 2013
BATU PAHAT - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara bakal berhadapan
dengan ancaman besar jika pembangkang memerintah negara ini kerana ada
kuasa asing yang bersedia masuk campur jika ketua pembangkang dilantik
menjadi perdana menteri.
"(Jadi) jangan masuk kepada kubu pembangkang kerana di sebalik
pembangkang ini ada kuasa-kuasa asing yang memang bersedia masuk ke
Malaysia kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi perdana menteri.
"Mereka akan mencampuri dasar mereka (pembangkang), program mereka dan
ini bahaya sebab itu ALLAH nak tunjuk, dan parti pembangkang kini
(pun)kian rapuh," kata timbalan perdana menteri ketika berucap
merasmikan SJKC Yong Peng 2 di sini
hari ini.
hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Ir Wee Ka
Siong dan Pengerusi Barisan Nasional Air Hitam Datuk Shamsolbari Jamali.
Sehubungan itu, Muhyiddin meminta rakyat bangkit dan bangun memberi
isyarat kepada pembangkang bahawa rakyat mahu pertahankan negara ini
daripada jatuh kepada pembangkang.
Katanya, negara juga berhadapan dengan ancaman besar kerana pembangkang
bercita-cita mengambil alih pemerintahan negara tetapi dalam masa yang
sama mereka sendiri tidak bersatu.
"Saya baca dalam surat khabar hari ini, macam-macam berita...dia mula
bergaduh sesama sendiri. Mungkin setahun dua dahulu dia simpan... nak
keluar, tetapi mereka tahan, mereka tutup jangan cakap tetapi orang dia
(DAP) kini sudah mula bercakap minta jangan sokong Pas," katanya.
Anwar sendiri, kata Muhyiddin, tidak pernah jujur dalam perjuangan
politiknya menyebabkan ramai rakan-rakannya yang suatu ketika dahulu
bersama-sama dalam PKR sudah mula meninggalkannya.
Timbalan perdana menteri berkata Pas pula sibuk hendak mewujudkan
negara Islam dengan melaksanakan hudud tetapi sekutunya DAP menentang
keras pelaksanaan hukum itu.
Pas juga hanya mampu membina sebuah masjid sepanjang tempoh memerintah Kelantan, katanya.
Beliau turut meminta rakyat berfikir panjang kerana hanya tinggal
beberapa hari sahaja lagi (Ahad ini) untuk mereka menentukan kerajaan
dalam tempoh lima tahun akan datang.
Timbalan perdana menteri berkata kerajaan BN memerlukan undi rakyat
untuk mempertahan negara daripada ideologi, fahaman, adat dan budaya
yang bertentangan daripada yang berlaku selama ini.
Selain itu Muhyiddin berkata, pelabur asing turut menyuarakan
kebimbangan jika sekiranya pembangkang menguasai negara termasuk Johor.
Mereka khuatir pelaburan mereka berbillion ringgit akan rugi jika
sekiranya DAP menang di kawasan parlimen Gelang Patah, katanya.
Bagaimanapun sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, beliau yakin BN mampu
kembali memegang tampuk pemerintahan negara dan negeri Johor hasil kerja
kuat jentera pilihan raya dan dasar transformasi yang dilakukan
kerajaan. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment