Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SPR: Mustahil bawa pengundi luar ke Selangor

April 30, 2013
KUALA LUMPUR, 30 April — Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini berkata dakwaan kononnya pengundi luar boleh dibawa masuk untuk mengundi di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini adalah mustahil.

“Mana boleh? mustahil. Saya tidak percaya bahawa seseorang boleh tempah tiket dan terbangkan orang Sabah atau Sarawak, atau dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak (begitu saja),” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Semalam, Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Umno membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.  

Abdul Aziz berkata pengundi yang berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain perlu melalui beberapa proses dan memaklumkan kepada SPR sekiranya mereka menukar alamat dan mahu mengundi di kawasan berkenaan.

Katanya proses pilihan raya juga memperuntukkan tempoh bantahan selama dua minggu selepas senarai pengundi yang dipindahkan dipapar kepada umum, sebelum perubahan itu diwartakan.
“Kamu tak boleh mudah-mudah bawa orang dengan kereta, atau bas, atau kapal terbang begitu sahaja, kecuali mereka pergi melancong,” katanya. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.