Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Masalah dakwat ni macam mana ?

SPR: Undi dua kali bakal berdepan hukuman penjara, denda

30 April 2013
Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
 
KUALA TERENGGANU - Individu yang didapati mengundi dua kali bakal berdepan hukuman penjara melebihi 12 bulan dan denda sehingga RM5,000, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata perbuatan itu adalah salah di bawah perbuatan penyamaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Selain itu individu terbabit tidak dibenarkan mengundi dalam tempoh lima tahun akan datang, katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini dan menambah SPR akan memastikan tidak berlaku pengundian dua kali.

Beliau ditanya tentang laporan di media sosial kononnya pengundi yang mengundi awal hari ini mungkin mengundi semula Ahad ini.

Wan Ahmad berkata nama pengundi yang telah mengundi akan dipotong dari senarai dan menjalani saringan khas bagi mengelak mereka mengundi buat kali kedua.

"Jadi kalau dia nak menipu, nama dia sudah tiada. Nama mereka di senarai ejen pilihan raya akan dipangkah, begitu juga senarai di pihak SPR.

"Macam mana dia hendak mengundi. Kalau dia datang, nak kena tangkap," jelasnya.

Beliau memberi jaminan penggunaan dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi yang mengundi awal tidak akan hilang 100 peratus walaupun dicuci.

Seramai 272,387 anggota tentera dan polis serta pasangan mereka mengundi awal hari ini.- Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.