Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, April 30, 2013

Kenapa CALON BN Berada Di KEM WARDIEBURN Semasa PENGUNDIAN AWAL?



Salah satu lokasi tempat pembuangan undi awal adalah di Sekolah Rendah Agama Khalid Bin Al Walid yang terletak di dalam kem Wardieburn. Semuanya berjalan lancar dengan cuaca baik.

Bagaimanapun timbul persoalan bagaimana Calon BN Parlimen Wangsa Maju Datuk Mihd Shafie boleh bertemu pengundi di Kem Wardieburn ketika proses pengundian berjalan. Bukankah SPR pernah berkata bahawa parti politik tidak dibenarkan sama sekali berkempen di dalam kawasan keselamatan seperti kem tentera dan balai polis.

Malah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sendiri dilaporkan oleh AntaraPos berkata peraturan tersebut telah lama berkuatkuasa seperti mana termaktub dalam peraturan pilihan raya (Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya).

Petikan laporan AntaraPos. Laporan penuh di sini.

Jika benar larangan ini ada, mengapa calon Parlimen BN tersebut dibenarkan masuk ke kawasan kem untuk bertemu pengundi. Adakah tindakan ini bukannya termasuk dalam istilah 'berkempen'. Lebih malang lagi ia berlaku sewaktu proses pengundian sedang berjalan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz sendiri turut berada di kem tersebut.

Mohon penjelasan daripada pihak SPR...




Sumber gambar : UtusanOnline

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.