Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BRIM MENYANGKAL KENYATAAN DAIM ZAINUDDIN

BR1M diteruskan walaupun ditentang PR

29 April 2013
Borang BR1M
RAWANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan kerana ia merupakan program yang sangat fokus dan memberi kesan sangat besar kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, pemberian BR1M juga lebih sampai kepada kumpulan sasaran berbanding pemberian subsidi pukal yang turut diterima oleh golongan kaya, pekerja asing dan golongan yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang seperti penyeludupan.

“Jadi banyak ketirisan berlaku (jika beri subsidi pukal) tetapi bila beri BR1M mereka yang terima boleh ke kedai, membeli belah, beli susu anak, beg sekolah dan pakaian.

“Ini secara tidak langsung turut membantu meningkatkan ekonomi tempatan seperti pasar tani, kedai runcit dan sebagainya,” katanya selepas berjumpa warga Kampung Baru Sungai Terentang di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang yang memperlekehkan langkah kerajaan meneruskan pemberian BR1M kepada rakyat.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan tetap akan meneruskan program BR1M jika diberi mandat pada pilihan raya umum Mei ini walaupun mendapat tentangan daripada pembangkang.

Malah, beliau berkata, program itu juga akan ditambah baik lagi seperti yang terkandung dalam manifesto aku janji BN.

“Kita tahu program ini memberi manfaat kepada rakyat jadi dia (pembangkang) cuba jadikan ia satu kontroversi. Padahal rakyat senang hati dengan BR1M dan rakyat hendakkan program ini diteruskan serta ditambah lagi,” katanya. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.