Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Monday, April 29, 2013

Laporan AFP: Malaysia dicengkam hutang akibat politik rakus Umno BN


Akibat Politik Rakus Umno BN; Malaysia dicengkam hutang.
Malaysia dicengkam hutang akibat politik rakus Umno BN
KUALA LUMPUR: Tiada masa yang lebih menguntungkan menjadi seorang pengundi di Malaysia, apabila pesaing politik kini menghujani orang ramai dengan wang tunai dalam persaingan pilihan raya yang sengit, mencetuskan kebimbangan tentang hutang negara yang meningkat.
Dengan pilihan raya yang bakal berlangsung pada 5 Mei ini dijangkakan yang paling sengit sejak 56 tahun kemerdekaan Malaysia, perikatan Barisan Nasional (BN) yang telah lama memerintah, memberikan berbilion dolar dalam bentuk wang tunai, kenaikan gaji dan habuan lain kepada kakitangan awam, golongan miskin, warga tua, peladang dan pelajar.
Pakatan Rakyat yang mentadbir empat negeri juga memberikan habuan di peringkat negeri dan berjanji akan memberikan lebih banyak faedah jika ia berjaya menawan Putrajaya.


Jumlah habuan yang diberikan tidak pernah dilihat sebelum ini dan menggambarkan taruhan tinggi di mana kerajaan yang memerintah terdesak untuk mengekalkan kuasa dan keistimewaan lumayan, sementara pembangkang berusaha memanfaatkan peluang terbaiknya untuk membentuk kerajaan.
"Ahli politik hari ini bersungguh- sungguh menanam benih krisis ekonomi untuk diwarisi anak-anak kita," kata Encik Wan Saiful Wan Jan, ketua badan pemikir, Institut bagi Demokrasi dan Ehwal Ekonomi (Ideas).
Tambahnya, jika Malaysia menghadapi krisis kewangan di masa hadapan, ahli sejarah ekonomi mungkin akan mengesan pilihan raya kali ini sebagai puncanya.
Tidak ramai penganalisis yang melihat ancaman bencana serta-merta, sambil menarik perhatian bahawa situasi ini dapat ditangani dengan membuat beberapa pilihan politik sukar selepas pilihan raya.
Tetapi sesetengah penganalisis mengatakan perbelanjaan pembangunan yang sangat diperlukan mungkin akan mengecut jika persaingan politik mengatasi perancangan politik di negara di mana subsidi populis telah menjadi sesuatu yang dijangkakan pengundi.
Dalam e-melnya kepada agensi berita AFP, Datuk Seri Najib berkata "hutang kita tidak akan melebihi 55 peratus GDP".
Tetapi para pengkritik menarik perhatian bahawa hutang awam "tersembunyi" seperti hutang yang dijamin kerajaan telah berganda sejak Datuk Seri Najib mengambil alih kuasa pada 2009.
Penganalisis politik Malaysia, Profesor Bridget Welsh, pula menganggarkan bahawa sejak mengambil alih kuasa, Datuk Seri Najib telah mengagihkan sebanyak AS$19 bilion dana awam atau AS$1,400 bagi setiap pengundi, untuk tujuan "perbelanjaan politik" yang memberi manfaat kepada BN.
Menurut Profesor Welsh, dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU), jumlah itu "merupakan yang paling bayak menjelang pilihan raya".
Sepanjang kunjungannya dalam tempoh berkempen, Datuk Seri Najib juga sering mengingatkan rakyat tentang habuan yang telah diberi dan memberitahu mereka untuk 'membayar balik' manfaat yang diterima di kotak undi.
"Jika beliau menang, ia (habuan) akan menjadi tongkat yang digunakan ahli politik untuk bergantung, lanjutan politik wang," katanya. - AFP.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.