Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CALON BN NI MEMBODOHKAN MENTAL ORANG MELAYU

Layak digelar si Tanggang
 


Layak digelar si Tanggang
Wartawan Sinar Harian
1 Mei 2013
Abdul Halim (tiga, kanan) ketika bermesra dengan penduduk kampung asalnya dalam satu pertemuan di Bilik Gerakan BN Kelana Jaya, semalam.

KELANA JAYA – Anak peneroka Felda yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) layak digelar si Tanggang atau golongan yang derhaka kepada perjuangan Barisan Nasional (BN), demikian ulas calon BN kerusi Dun Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad
Menurutnya, beliau berasa sedih dengan generasi anak peneroka Felda yang didakwanya tidak tahu mengenang budi terhadap jasa ditabur pemimpin BN terdahulu.

Justeru, beliau berdoa dan meminta golongan itu kembali menyokong BN supaya wujud kesinambungan generasi kedua dan seterusnya untuk menyokong parti berkenaan.

“Ada anak peneroka Felda jadi doktor, jadi profesor, malah ada yang jadi jutawan tetapi akhirnya apabila senang, mereka lupa bahawa sebahagian daripada hidup dan kejayaan dicapai adalah hasil perjuangan BN.

“Saya sedih kalau ada anak-anak peneroka Felda yang memilih Pakatan Rakyat, mereka ini lupa asal usul, boleh digelar si Tanggang kerana derhaka kepada perjuangan,” katanya.

Beliau ditemui ketika diraikan bersama kira-kira 50 penduduk kampung asalnya Felda Gedangsa di Bilik Gerakan BN Kelana Jaya, di sini, semalam.

Abdul Halim dalam ucapannya turut mengingatkan generasi kedua Felda supaya sentiasa mengingati asal usul mereka.

Menurutnya, sekiranya Felda tidak diwujudkan berkemungkinan ramai yang hidup dalam keadaan tidak tentu hala.

"Ia jelas berbeza dengan kewujudan Felda yang memberikan kemudahan, penempatan baru dan pendapatan kepada peneroka.

“Saya merayu generasi kedua  jangan lupa asal usul perjuangan ibu bapa mereka dan teruskan beri sokongan kepada BN,” katanya.

Pak Karamu:
Mentality calon BN ni macam orang melayu tahun 50 an, soal asal usul disebut menunjukkan jika tak de BN orang FELDA kebuluran, papa kedana, dia cuba mengatakan bahawa BN lah yang memberi rezeki pada peneroka, inilah satandard orang melayu UMNO

Pedih juga teliga orang mendengar bahasa calon BN nih macam la peneroka tu hamba abdi mereka, tapi apa nak dikatakan kalau peneroka dan anaknya menmang berfikiran low standard

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.