Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ate ? kena ngundi semula kew ?

Wednesday, 1 May 2013

ISU DAKWAT KEKAL TIDAK KEKAL.....AKHIRNYA SPR AKUI AKAN KEBENARAN PAKATAN RAKYAT YANG DAKWAT KEKAL TIDAK KEKAL DAN MUDAH TANGGAL!!!!!


Kenyataan rasmi SPR mengenai dakwat kekal tidak kekal


KUALA LUMPUR: 1.  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan  oleh seorang pengundi awal bahawa  dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang  dengan membasuh jarinya. Gambar jari yang dakwat kekal itu telah hilang dimuat naik dan disebarkan melalui laman sosial.  SPR juga telah menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.

2. SPR ingin memaklumkan bahawa SPR telah membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal  bagi tempoh 5 hingga 7 hari.

3. Berikutan dengan laporan polis itu, SPR telah berbincang dan mendapat maklum balas kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan oleh kegagalan sebahagian daripada petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal. Sebaik selepas SPR menerima laporan polis dan maklum balas itu, suatu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.

4. SPR  juga  telah membuat beberapa ujian menggunakan dakwat kekal   pada 30 April 2013 terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos.  Sebahagian daripada mereka ini telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang  dan sebahagian yang lain pula  telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang. Hasilnya,  SPR mendapati jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang lebih kekal dakwat itu di jari  mereka dibandingkan dengan jari mereka yang dicalit menggunakan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang. Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan  dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.

5. Sebagai tambahan kepada perkara yang disebut terdahulu, SPR akan mengadakan suatu demonstrasi kepada wakil media pada 2 Mei 2013  untuk menunjukkan bahawa dakwat kekal ini jika dicalitkan pada jari pengundi  mengikut cara penggunaan  dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, dakwat tersebut akan lebih kekal di jari pengundi.

6. Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi  pada 30 April 2013  tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama  mereka  tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya  bagi pengundi biasa  yang akan mengundi pada 5 Mei 2013.


7. Oleh itu SPR akan  meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 ini  selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Sekian dan terima kasih.

Datuk Kamaruddin Mohamed Baria
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
30 April  2013

JADI TUDUHAN PAKATAN RAKYAT BERASAS, SAHIH LAGI BENAR!!!!!!

1 orang berkata:

Unknown said...

Cis! Penipu punya Spr!! xgoncang botol konon tu semua alasanlah tu mmg korang sengaja xgoncang botol dkwat tuh baru je undi awal korang dah wat camni nanti bila pilihan raya ntah apa lagi korang akan buat Walau apa pun tipu pilihan raya turun jalan raya!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.