Surat buat pengundi awal daripada Presiden PAS
- Published on Tuesday, 30 April 2013 00:27
- Written by HarakahDaily
Assalamu’alaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera;
Tuan dan Puan Pengundi awal sekelian,
Saya merasa amat bertuah kerana dapat menghubungi tuan/puan anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis dan Tentera bersama dengan suami/isteri masing-masing yang telah ditentukan oleh undang-undang pilihanraya Malaysia sebagai “Pengundi Awal” pada hari Selasa 30 April 2013.
Semua rakyat begitu menyanjungi tugas tuan/puan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ianya adalah satu pengorbanan yang wajar diingati dan dihargai sampai bila-bila.
Dalam masa yang sama, tanggungjawab tuan/ puan dalam memilih pemimpin negeri/negara yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara dalam PRU-13 ini adalah tersangat penting kepada sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pertahankan untuk generasi ini dan anak cucu kita semua.
Bilangan tuan/puan yang melebihi suku juta orang itu boleh menjadi faktor penentu arah tuju kepimpinan negara dalam sama-sama kita melakukan perubahan yang lebih baik kepada Malaysia yang kita cintakan ini.
Cukup lah kita membiarkan rakyat berdepan dengan kelompok politik elit Barisan Nasional yang penuh dengan dosa penyakit rasuah, ketirisan, pemerasan dan berbagai ketidak adilan yang akhirnya akan membuatkan generasi akan datang menderita. Beban amanah ini nampaknya tersangat berat untuk dipikul oleh pimpinan Barisan Nasional yang semakin malap kepercayaannya di kalangan rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan ini.
Mengundilah dengan tanpa rasa takut.
Mengundilah dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh keyakinan
bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah
nasib masa depan kita semua. Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini
akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan.
Sekian terima kasih.
Sekian terima kasih.
Wassalam.
“PAKATAN HARAPAN RAKYAT”
“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
0 orang berkata:
Post a Comment