Husni: Kerajaan pantau dana asing ganggu keselamatan negara
6 April 2013
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
IPOH - Kerajaan sentiasa memantau aktiviti membabitkan penyaluran dana
asing yang boleh mengganggu keselamatan negara melalui Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA 2001), kata Menteri Kewangan Kedua
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
"Jawatankuasa Khas di bawah AMLA 2001 bergerak bukan sahaja semasa pilihan raya tetapi setiap waktu. Mereka terdiri daripada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan badan-badan lain," katanya kepada pemberita pada majlis Program Kayuhan Amal Lahad Datu anjuran Media Perak Cycling Team di sini hari ini.
Beliau mengulas secara umum apabila ditanya kemungkinan wujud aktiviti penyaluran dana asing kepada parti politik tertentu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Ahmad Husni berkata menjadi matlamat kerajaan untuk menghapuskan penyaluran dana yang bercanggah dengan undang-undang sama ada dana yang keluar atau masuk di negara ini.
Ditanya sama ada kerajaan ada mengesan aktiviti berkenaan, beliau berkata: "Itu saya kena 'check' dengan Bank Negara."
Mengenai program kayuhan amal itu, beliau memuji usaha pihak media berhubung peristiwa di Lahad Datu kerana dapat menyuburkan semangat patrotisme di kalangan rakyat.
"Sekarang semangat ini kita lihat berkelompok-kelompok. Jadi dengan program seperti ini kita dapat satukan mereka.
"Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sama-sama memelihara keamanan dan membangunkan ekonomi negara demi kesejahteraan semua," katanya.
Program Kayuhan Amal Lahad Datu merupakan inisiatif pengamal media di Perak untuk mengutip dana bagi disalurkan kepada keluarga dan mangsa insiden Lahad Datu, Sabah.
Kumpulan yang disertai kira-kira 300 peserta akan membawa tabung dan mengedarkannya di lokasi terpilih bagi membolehkan orang ramai menghulurkan derma dan hasilnya akan diberi kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment