PRU13: PAS gesa SPR serah nama pengundi awal
27 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM: PAS
Selangor menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan senarai
nama pengundi awal kepada calon dan parti yang bertanding sewaktu
penamaan calon PRU13 nanti.
Timbalan
Pesuruhjaya III PAS Selangor, Abdul Khalid Samad berkata, penyerahan
nama-nama pengundi awal adalah mempermudahkan PAS untuk mengeluarkan
nama mereka dalam senarai daftar pemilih pada hari pengundian.
Malah
katanya lagi, penyerahan senarai nama-nama tersebut adalah dapat
mengelakkan ia dimanipulasikan oleh Barisan Nasional (BN) pada hari
mengundi.
"Terdapat 200,000 lebih senarai nama pengundi awal yang akan mengundi pada pilihan raya nanti.
"Bagi
memastikan nama-nama tersebut tidak dimanupulasikan oleh BN pada hari
mengundi, kita menggesa agar SPR menyerahkan senarai tersebut kepada
setiap parti yang bertanding untuk kita mengeluarkan nama-nama mereka
dalam daftar pemilih," jelasnya pada sidang media, hari ini.
Selain
itu juga Khalid yang turut mencadangkan agar selepas pengundian awal
dilakukan, pengiraan undi perlu dilakukan segera di tempat pengundian
tersebut.
Katanya,
walaupun terdapat kawalan oleh wakil parti tetapi masih boleh berlaku
penipuan kerana tidak ada wakil parti yang dapat berada di peti undi
setiap masa.
"Kita
juga turut mencadangkan agar pengiraan undi awal dilakukan sejurus
selesainya pengundian dilakukan, ia perlu dilakukan di tempat
pengundian.
"Sebelum
ini kita selalu mendengar terdapat undi pos yang dimanipulasi untuk
menentukan kemenangan calon BN, kita tidak mahu ini berlaku apabila
pengiraan awal dilakukan ia dapat mengelakkan perkara tersebut berlaku,"
sambung beliau lagi.
Beliau
berharap SPR sebagai satu badan yang telus dan adil dapat
mempertimbangkan perkara tersebut bagi memastikan hak rakyat yang
memilih sebuah kerajaan yang adil tidak dikhianati.
Harakahdaily/-
0 orang berkata:
Post a Comment