PPIM, PKP kerjasama banteras 'Ah Long'
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan
Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) akan menjalinkan kerjasama bagi
membanteras kegiatan 'Ah Long'.
Menurut Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan, kegiatan ini semakin menjadi-jadi menyebabkan kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) itu terpanggil untuk mengambil tindakan segera bagi mengatasi perkara ini.
"Menjelang Adiliftitri yang akan menjelang tidak lama lagi, saya lihat kegiatan 'Ah Long' semakin berleluasa dan mereka bijak memerangkap pengguna.
"Perkara ini perlu tindakan serius. Kami tidak mahu pengguna ditipu ataupun tertipu," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.
Sementara itu, menurut Yang Dipertua (YDP) PKP, Samsudin Mohamad Fauzi, kegiatan ini sudah berlanjutan sejak sekian lama, namun kegiatan ini sukar dibendung.
"Kegiatan ini sudah berlanjutan dari masa ke masa.
"Oleh sebab itu saya rasa perlunya satu penguatkuasaan yang mantap," katanya.
Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai pemberi pinjaman berlesen pula, Samsudin berkata, kebanyakan pemberi pinjaman berlesen tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan yang akhirnya menyebabkan pengguna terpedaya.
"Mereka hanya memanipulasi lesen tersebut.
"Sepanjang tinjuan yang dilakukan, sukar untuk kami menemui pemberi lesen yang mematuhi undang-undang," katanya.
Tambahnya lagi, kebanyakan pemberi pinjaman wang berlesen menipu pengguna dengan pelbagai cara termasuk pemberian baucer dan dokumen kosong kepada peminjam.
"Kebanyakan pengguna tidak tahu, mereka hanya menandatangani dokumen kosong yang akhirnya memerangkap mereka sendiri.
"Pengguna perlu mengetahui undang-undang dan hak mereka, supaya mereka tidak ditipu," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment