Anwar: PRK peluang baik untuk PR
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan
'kekosongan' kerusi Dun Kuala Besut akan beri peluang baik kepada Pas
dan PR.
"Itu akan beri kepada Pas dan PR. PR akan sokong calon yang akan diletakkan Pas.
"Namun, saya anggap PRK kali ini kritikal kerana majoriti yang diperolehi Umno pada kerusi tersebut agak 'pasif'," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekosongan kerusi berkenaan berikutan penyandangnya meninggal dunia, hari ini.
Penyandangnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), akibat kanser paru-paru pada 10.18 pagi tadi.
Anwar menambah, pilihan raya kecil (PRK) memberi peluang baik kepada PR kerana BN hanya memperolehi kelebihan dua kerusi membentuk Kerajaan Negeri Terengganu.
Pada PRU13 lepas, Abdul Rahman berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.
Abdul Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah, 6,375 undi.
Dalam pada itu, ketika ditanya media mengenai kenyataan beliau itu dilihat tidak menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham, Anwar mendakwa, situasi itu satu yang realiti dan perlu difahami semua pihak.
"Ini perkara betul, saya ucapkan takziah kepada keluarga beliau atas pemergian beliau dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.
"Yang keduanya, kita juga perlu merujuk kepada kekosongan itu. Saya percaya Pas akan bermesyuarat mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat," katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu maklumat rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut untuk mengadakan mesyuarat khas sekaligus menetapkan tarikh PRK.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, selepas menerima makluman rasmi daripada Speaker Dun Terengganu baru SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tarikh mesyuarat khas.
"Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya.
Susulan itu, Speaker Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Kuala Besut kepada SPR esok, untuk tindakan lanjut.

0 orang berkata:
Post a Comment