29 Jun, 2013
Pekung Najib Terbongkar Lagi..
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan
hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa
tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes
pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.
“Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita
ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar
SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri.
“Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri
tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan” kata Sivarasa
kepada Keadilandaily.
Menurutnya terdapat bukti jelas para pegawai khas Najib terutamanya DSP
Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan
Altantuya, namun terlibat secara langsung dalam kes berkenaan.
Turut terlibat katanya, seorang lagi pembantu Najib, Nasir Safar sebagai
orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak
Baginda pada malam kejadian Altantuya diculik.
Beliau merujuk kepada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah penyiasat
persendirian Balasubramaniam.“Ada sesuatu yang mahu dilindungkan apabila
dua saksi penting ini tidak dipanggil.
Bukti jelas keterlibatan pegawai-pegawai Najib.“Apakah kita boleh terima
bahawa Najib sama sekali tidak terlibat dalam kes ini?, soalnya.
Sirul Azhar sebelum ini membuat pengakuan mengejutkan apabila
memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar ‘kambing
hitam yang harus dikorbankan’ untuk melindungi rancangan dan niat
mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.
~keadlandaily
0 orang berkata:
Post a Comment