Kuala Besut talian hayat Pas Terengganu
SHAH ALAM - Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian
penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada
Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.
Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.
“Pergolakan dalam Umno juga mampu beri kelebihan kepada Pas.
"Kita lihat pergolakan ini antara penyebab pada pilihan raya lalu Pas mampu menawan banyak kerusi hingga menyebabkan kedudukan Umno terancam,” katanya.
Selain itu, katanya, sikap pengundi Terengganu yang sering menukar sokongan juga dilihat akan memberi kelebihan kepada Pas dan perkara ini terbukti pada pilihan raya lalu.
Katanya, senario politik di Terengganu juga dapat memberi peluang kepada Pas kerana jika dilihat BN Terengganu lebih kuat pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh berbanding di zaman pentadbiran Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said.

0 orang berkata:
Post a Comment