Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, June 27, 2013

Kalau raja atau sultan tiada, rakyat hidup derita sengsara, agaknya!

Rakyat hidup susah dan sengsara, itu perkara biasa, tetapi raja-raja dan sultan-sultan mesti didoakan dan dipastikan hidup senang lenang kerna mereka raja! kerana mereka sultan!
Raja-Raja Melayu
Sejak zaman dulu kala hingga tahun 2013, raja-raja Melayu sudah secara resminya bermesyuarat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu sebanyak 232 kali. Tentu banyak perkara tentang rakyat telah mereka bincangkan, agaknya. Malah banyak jugalah agaknya hal-hal berkaitan agenda memartabatkan kesucian agama Islam yang telah mereka bincangkan. Maklumlah, raja-raja Malayu adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.

Rasanya bagus juga andaikata rakyat dimaklumkan berapa banyak agaknya perbelanjaan yang terpaksa dihabiskan bagi setiap acara Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu tersebut.

Kepada rakyat pula, rakyat juga perlu yakin bahawa tiada minuman keras yang dihidangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan tiada juga wanita-wanita gedik yang disediakan.

Selain itu, rakyat juga perlu ikhlas mendoakan raja-raja Melayu dalam setiap khubah pada setiap Jumaat. Rakyat perlu doakan raja-raja dan sultan-sultan Melayu hidup sehat, nyaman dan ceria di atas singgahsana dan panjang umur dengan kehidupan yang mewah. Rakyat hidup susah dan sengsara, itu perkara biasa, tetapi raja-raja dan sultan-sultan mesti didoakan dan dipastikan hidup senang lenang kerna mereka raja! kerana mereka sultan!

Rakyat juga perlu percaya bahawa raja dan sultan-sultan Melayu adalah payung kesejahteraan rakyat. Malah, kalau raja atau sultan tiada, rakyat hidup derita sengsara, agaknya!

Agong Berangkat Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-232 Hari Ini

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Khamis berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-232 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.


Mesyuarat hari kedua pada Khamis dihadiri semua raja Melayu atau wakil masing-masing dan kesemua Yang Dipertua Negeri.



Sultan Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah, Perak oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan Pahang oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir pada Khamis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam mesyuarat itu, raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri.

Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan Raja Perlis telah menyampaikan titah ucapan tahniah kepada Perdana Menteri yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri setelah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 baru-baru ini.

Kata beliau, Raja Perlis berharap agar negara terus mencapai kemajuan dan pembangunan pesat di samping mengekal dan memupuk perpaduan serta keharmonian di kalangan rakyat yang sudah sekian lama wujud.

Syed Danial juga memberitahu mesyuarat telah diberikan taklimat terkini mengenai pertahanan dan keselamatan negara daripada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tambah beliau lagi, turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah perkara berhubung agama Islam, pelantikan termasuk pelantikan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - BERNAMA
 Kerajaan Rakyat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.