Khamis, 27 Jun 2013
Serang Dan Cubaan Bunuh: Karpal gesa AG dakwa Zahid Hamidi
MP Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa peguam negara mendakwa Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas tuduhan menyerang dan
cubaan membunuh anak guamnya, ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, dalam
satu kejadian pada 2006.
Karpal berkata, tiada tempoh masa ditetapkan untuk peguam negara menjalankan pendakwaan itu.
"Jika anda melihat keadaan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan laporan polis yang dibuat ke atas Zahid, orang akan tertanya-tanya mengapa tiada pendakwaan dijalankan.
"Ini menunjukkan sifat semulajadi di negara ini (tidak mengambil tindakan),” katanya.
Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo pula menuntut penggantungan jawatan Zahid sebagai menteri sebelum saman tersebut didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang dijadualkan diadakan pada Ogos.
“Saya juga akan membangkitkan perkara ini di Parlimen,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment