Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, June 29

Patutlah anak Amy Search jadi huru-hara [Baca apa kata bapaknya...]

Nabila Huda Suhaimi artis yang penuh dengan huru-hara, kontroversi. Pelbagai kontroversi yang ditunjukkan dan diciptakan untuk mencari publisiti. Lepas satu satu menjelma. Apa yang dicari sebenarnya, entahlah tetapi dia seronok dengan dunianya.
Terbaru dia muat naik video dia merokok di Youtube untuk menunjukkan kehebatannya. I’m a SMOKER!!!

Kita lihat pula apa kata bapanya Amy Search (yang pernah berhajat membina sekolah pondok tetapi tak kesampaian) tentang Nabila Huda.
“Saya tidak pernah ikut campur atau menentukan keputusan yang dibuat Nabila. Maksudnya saya tidak terlibat secara langsung memutuskan apa yang ingin dibuat dia. Dia sudah besar, dia boleh fikir untuk diri dia sendiri.
“Untuk apa saya nak halang dia keluar atau bercinta dengan siapa. Cuma bila ada orang yang dia rapat, tidak kiralah sebagai kawan atau kekasih, dia akan beritahu pada saya. Seperti dulu bekas suami dan juga Johan, memang dia kenalkan dan bawa mereka jumpa saya.
“Dia putus cinta atau sedang bercinta dengan siapa, bukan urusan yang melibatkan saya,”kata Amy Search. – Murai.com
Itulah kata-kata seorang bapa dalam mentarbiah seorang anak. So, siapa pulak kita yang nak menyibuk sangat kan… untuk ambil tahu bolehlah!!  ~TKO

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.