ORANG BESUT AKAN SENAG TAK LAMA LAGI, MINTALAH APA YANG MUNG NAK MESTI DAPAK PUNYOOO ! PITIH ? KAING ? JALANG ? PENDEK KATA MINTALAH APA SAJA, KALAU BOLEH MINTA BRIM RM IK SETIAP RAKYAT BESUT - Pak Karamu
Umno Besut yakin sokongan tak berubah
BESUT - Umno Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri
(Dun) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya
kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengerusi Biro Penerangan Umno Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul
Rahman berkata ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji
yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) melalui projek
pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan
nelayan di kawasan itu.
Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian
wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat
kanser paru-paru.
Wan Zakaria berkata sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi
wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah
dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam
perancangan.
"Pengundi di Dun Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan
itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan
termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Menurut Wan Zakaria antara rancangan besar yang sedang dibangunkan di
Pulau Perhentian termasuk pembangunan penempatan penduduk melalui
pembinaan tiga blok rumah pangsa, masjid dan projek pelancongan.
Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga
penggal berkata, pertandingan merebut kerusi Dun Kuala Besut dijangka
menarik kerana ia pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 Mei lalu dan
berdasarkan pengalamannya beliau yakin peluang BN untuk mempertahankan
kerusi itu adalah cerah. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment