Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, June 27

GEMPAR: Malunya jadi bangsa BN neh... [Tengok la KENAPA...]

DAP dakwa 2 menteri Najib miliki ijazah palsu

KUALA LUMPUR: DAP mendakwa dua ahli kabinet Kerajaan Barisan Nasional memiliki ijazah palsu dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah tegas dengan meminta mereka meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming (gambar) mendakwa mereka adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Beliau berkata kedua-duanya mesti meletakkan jawatan untuk melindungi integriti dan kredibiliti kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin hari semakin dipersoalkan, lapor Roketkini.

Menurut beliau, Richard Riot telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Preston (USA).

“Bukan sahaja kita tidak dapat mencari mana-mana laman web yang dengan nama Chartered Institute of Business Administration, Universiti Preston juga merupakan sebuah universiti palsu yang sangat terkenal seperti yang dilaporkan oleh banyak media,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Turut serta dalam sidang media itu Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping.

Sementara Ewon pula, ujarnya memperolehi Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan dari Golden State University (USA) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Open Commonwealth berpangkalan di British Virgin Islands.

Kian Ming menegaskan kedua-dua institusi itu telah disenaraikan sebagai institusi yang tidak dibenarkan dan tidak sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine di Amerika Syarikat.

“Apa yang lebih ironik adalah hakikat bahawa kedua-dua menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan, akreditasi yang betul, pensijilan dan piawaian.

“Jadi bagaimana kedua-dua mereka ini boleh diamanahkan dengan tanggungjawab yang serius dalam membentuk pembangunan modal insan dan pengurusan pensijilan. Ini sudah tentu memberi malu besar kepada yang berdegar-degar melaungkan transformasi,” ujarnya sinis.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.