RUU 355: NGO desak Tiong Lai tarik balik kenyataan
SHAH ALAM - Yayasan Ummah Prihatin Pahang kecewa dan kesal dengan
kenyataan penentangan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkaitan
pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa
jenayah) @ Akta 355.
Pengerusinya, Shamsuddin Moner al-Askari mengemukan tuntutan kepada
Tiong Lai dan mendesak beliau menarik balik kenyataan tersebut.
“Kami mendesak agar Tiong Lai menarik semula kenyataan menentang usul
pindaan RUU 355 serta cabarannya terhadap Ahli Parlimen Islam yang
menyokong RUU 355 dan mengugut akan meletakkan jawatan sebagai Menteri
Kabinet jika RUU 355 diluluskan di parlimen.
[ARTIKEL BERKAITAN: MCA tak tentang RUU 355 tapi...]
“Sekiranya beliau tidak menarik semula dan enggan memohon maaf kepada
umat Islam maka kami mendesak agar Tiong Lai meletakkan jawatan sebagai
Menteri Kabinet tanpa menunggu pembentangan usul bacaan pertama pada
sesi sidang parlimen tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media,
hari ini.
Sebelum ini, pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63, Tiong
Lai yang juga Menteri Pengangkutan dilaporkan berkata, MCA akan
membantah RUU itu kerana disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Beliau juga berkata, masyarakat Cina amat terganggu dengan RUU itu yang
dilihat akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman jenayah hudud
untuk kesalahan Islam.
Mengulas lanjut, Shamsuddin menegaskan, jika Tiong Lai gagal
melaksanakan tuntutan itu, pihaknya akan memulakan kempen ke atas
pengundi-pengundi Islam di Bentong untuk tidak mengundi Tiong Lai pada
PRU14.
“Jika Tiong Lai tidak melaksanakan tuntutan kami, maka kami berkempen
di kawasan Parlimen Bentong untuk tidak mengundi beliau dan juga semua
calon BN-MCA di Pahang.
“Maka, kami mengharapkan agar Tiong Lai menghormati kedudukan agama
Islam dan juga sensitiviti umat Islam dan jika beliau menunjukkan
sokongan kepada umat Islam, kami juga akan terus menyokongnya,” katanya
lagi.
6 orang berkata:
di demo saja seperti di indonesia
jangan toleran yang mau mengusik usik dari kaum minisioris atau apapun
islam sudah bertoleransi mengapa ingin mengusiknya
ketika negara di kuasai islam maka mereka kaum kafir aman,tapi jika islam jadi minoritas maka mereka menindas
kamu tidak faham..kami di sini org melayu lebih faham insyaAllah,kerana kami mengenali setiap parti itu semenjak dari kami kecil..jika kamu telilti dengan mata hati kamu tanpa kamu percaya apetah lagi meletak harapan kepada semua parti mana sekalipun,insyaAllah kamu akan dapati yg mengganggu agama islam itu ialah pas sendiri sebenarnya..x cukup ganggu agama sendiri kini dia mau ganggu agama org lain..ini la natijah nenjual agama didalam politik..langkahnya tak pernah berakhir dengan baik,semuanya terbabas..dia sanggup demi politik mendoakan kebinasaan sesama muslim secara berjamaah di stadium..tapi akhirnya bumbung2 rumah mereka sendiri yg ditelan banjir..bahkan sekarang dia pulak bergantung harap kepada sedara muslimnya yg dia doakan binasa tempoh hari.. tak pernah hujungnya baik,bahkan tiap kali mukanya sendiri yg malu..itupun tidak mahu gunakan hati untuk merenung..
Ada bos walaunta?
http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/pRYGl/~3/o3RMIjhL-aM/polis-serang-musnah-blockade-dan.html
Post a Comment