Tidak perlu rasa terhutang budi kepada pemimpin khianat
KUALA LUMPUR - Umno tidak perlu rasa terhutang budi kepada pemimpin terdahulu yang mengkhianati parti.
Ini kerana menurut Ketua Wanita Umno Silam, Sabah, Mizma Appehdullah,
ia sememangnya tanggungjawab pemimpin yang memimpin parti dan kerajaan
ketika itu.
"Kita menghargai sumbangan pemimpin terdahulu dengan negara. Mereka
yang dulunya yakin bahawa tanggungjawab sebagai orang Umno itu adalah
menjaga hak serta keunggulan bangsa hari ini, sanggup berpelukan dengan
individu yang melaungkan kebencian mereka kepada kepimpinan negara.
"Mereka bertindih paha, berhantuk lutut dengan orang yang paling benci
kepada pembelaan umat ini. Mereka bertutur senda dengan orang yang
paling jahil dan sering mempersendakan agama.
"Mereka berkongsi pentas pada pentas yang pernah menuduh mereka zalim,
diktator dan kuku besi suatu ketika dahulu," katanya ketika membahas
ucapan dasar, Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil.
Katanya lagi, parti tidak boleh memandang ringan serangan demi serangan
yang datang dari musuh tradisi, khususnya daripada bekas rakan
seperjuangan Umno sendiri.
"Mereka yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi
yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan
kita, menjadi sebahagian daripada kita memimpin kita dan tahu cara kita
bergerak, beroperasi dan berfikir.
"Mereka yang terdiri daripada bekas pemimpin Umno ini juga mempunyai
pengalaman yang lama dalam parti. Segenap kelebihan dan kelemahan Umno
mungkin akan dipergunakan untuk survival agenda politik mereka," katanya
lagi.
2 orang berkata:
Pemimpin skrg byk cilok byk buat dosa engak apa2 yaaa
Purak2 tidak tahu ini perempuan...
Post a Comment