Penduduk bimbang hujan cetus runtuhan susulan
HULU SELANGOR - Penduduk Taman Idaman, Serendah bimbang kemungkinan
berlaku lagi tanah runtuh susulan hujan sekejap-sekejap yang berlaku
sejak semalam.
Haslayati Mohd, 40, berkata jika ia berlaku lagi, ia dikhuatiri menjejaskan rumah dan gerainya."Ini kerana rumah saya berhampiran dengan kawasan tebing yang runtuh
sebelum ini. Jika hujan tidak berhenti, saya bimbang rumah dan gerai
saya akan terjejas.
"Saya berharap pihak berkenaan dapat menyiapkan segera pemasangan
cerucuk besi bagi mengukuhkan tebing tanah," katanya kepada Bernama di
pusat penempatan sementara mangsa di Sekolah Rendah Agama Serendah.
Arifuddin Ismail, 28, pula berkata kejadian awal pagi semalam menyebabkan dinding rumahnya retak.
"Saya bimbang jika berlaku pergerakan tanah atau hujan berterusan,
rumah saya akan terjejas. Saya juga tidak tidur lena kerana memikirkan
rumah saya.
Saya khuatir pencuri akan mengambil kesempatan dan mencuri barangan di rumah saya yang diarah supaya dikosongkan," katanya.
Bernama difahamkan turut berlaku lagi runtuhan kecil di kawasan berkenaan. –Bernama
1 orang berkata:
nike roshe run
longchamp
true religion jeans
kobe shoes
links of london sale
christian louboutin shoes
adidas nmd
nhl jerseys
cartier love bracelet
pandora charms
Post a Comment