NEW MEDELLIN - COLOMBIA. Seramai 75 penumpang dan anak kapal maut
selepas pesawat yang membawa pasukan bola sepak Brazil, Chapecoense
terhempas di Madellin hari ini.
Laporan terkini CNN mengatakan tiga pemain bola sepak, dua kakitangan
pesawat dan seorang wartawan yang menaiki pesawat tersebut ditemui masih
hidup di lokasi kejadian.
Pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang Viru Viru di Boliva
menuju ke ke Colombia dan telah menghantar isyarat kecemasan ketika
berada di antara La Ceja dan La Union.
Pesawat berkenaan terhempas di kawasan yang dikenali sebagai Cerro El Gordo di Medellin.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat bawa pasukan bola sepak Brazil terhempas]
0 orang berkata:
Post a Comment