Puteri cadang beri 30 peratus calon muda tanding PRU14
KUALA LUMPUR - Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin
mencadangkan agar memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus kepada calon
orang muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurutnya, beliau telah berbincang dan bersepakat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai perkara ini.
"Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk memperjuangkan perkara ini,"
katanya sewaktu ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.
Tambahnya lagi, terdapat satu kajian menunjukkan bahawa calon muda menyumbang 60 peratus kepada kemenangan dalam PRU.
"Berasaskan kajian tersebut, calon muda tersebut haruslah disukai ramai dan berkredibiliti.
"Selain itu, calon itu haruslah diletakkan di kawasan yang cenderung
dengan anak muda untuk mendapatkan peluang menang lebih mudah," katanya
lagi.
Menurutnya lagi, cara tersebut menghantar isyarat jelas bahawa Puteri Umno faham kehendak dan aspirasi golongan muda.
"Kita bukan sahaja meremajakan parti tetapi memahami dan berada selari dengan kehendak dan aspirasi golongan muda," katanya.
1 orang berkata:
longchamp handbags
adidas stan smith women
adidas ultra boost
kevin durant shoes
adidas store
pandora charms
michael kors handbags sale
links of london
adidas tubular
stephen curry shoes
Post a Comment