Pas tidak pernah berkompromi dengan Umno
Dr Ahmad Fakhruddin.
ALOR SETAR - Pas Kedah menyelar kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri
Najib Tun Razak yang cuba memerangkap Pas apabila membuat kenyataan
konon hubungan tegang antara Umno-Pas kian mengendur.
Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata,
kenyataan itu bersifat muslihat politik dengan harapan memerangkap Pas
mengikut rentak Umno.
“Ia mungkin sebagai satu percubaan membina persepsi kalangan rakyat
bahawa Pas sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara. Sebaliknya,
Pas sentiasa istiqamah memperjuangkan amar makruf nahi mungkar dalam apa
jua situasi atau ketika berhadapan dengan sesiapa sahaja,” katanya.
Menurutnya, Pas tidak pernah berkompromi dengan BN dalam mana-mana isu,
sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tekanan terhadap rakyat
akibat pelbagai kenaikan oleh kerajaan, kegawatan ekonomi, isu 1MDB,
kerugian Felda, penyalahgunaan SOSMA dan pelbagai isu mutakhir.
“Keterbukaan Pas menerusi pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera
(BPMS) tidak menyebabkan Pas terjebak dengan politik berasaskan ideologi
nasionalis, sosialis mahupun sekularis,” katanya.
Katanya, Pas teguh meletakkan syariat Islam sebagai landasan hala tuju
politik negara dalam memperjuangkan kesamarataan hak, pengurusan ekonomi
yang adil, pemuliharaan alam sekitar serta hubungan antara kaum.
“Jika Umno/BN umumkan mereka sudah memalu gendang hadapi PRU14 dengan
meletakkan sasaran menang 134 kerusi Parlimen, Pas sebagai pembangkang
lebih dahulu meletakkan sasaran untuk menumbangkan BN yang sudah terlalu
lama berkuasa sehingga menyusahkan rakyat,” katanya.
Menurutnya, malah Pas Kedah sudah siap siaga untuk kembali mengambil alih pentadbiran di Wisma Darul Aman.
“Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung mungkin menjadi
persidangan terakhir mereka sebagai kerajaan Pusat jika PRU14 diadakan
dalam masa terdekat. Hakikatnya, itulah harapan sebahagian besar rakyat
Malaysia,” katanya.
1 orang berkata:
Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada MBAH SELONG yang
telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau saya
sekarang udah hidup tenang karena orang tuaku udah buka usaha dan
punya modal untuk buka bengkel skrang pun orang tuaku tidak di
kejar-kejar hutang lagi…dan keluarga Kami di berikan Angka
Ritual/Goib Dari mbah yg sangat Jitu 100%dijamin
tembus…hingga keluarga kami sekarang merasa tenang
lagi…terima kasih mbah…Jika Anda ada yg merasa kesulitan
masalah Nomer ToGEL silahkan hbg Aja MBAH SELONG
dinmr hp beliau (081-322-565-355)ATAU KLIK DISINI
dan saya sudah membuktikan 3kali berturut2 tembus terimah kasih
Post a Comment