Tiga sayap siapkan diri raih kemenangan di PRU14
KUALA LUMPUR - Ketiga-tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri -
mengakhiri perhimpunan mereka hari ini dengan 'memalu gendang perang'
sebagai persiapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pemuda dan Puteri mencadangkan formula yang mungkin boleh
dipertimbangkan pimpinan tertinggi sebagai strategi kali ini dengan
meletakkan 30 peratus calon muda pada PRU14 itu.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang sepakat dengan Ketua Puteri
Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengusulkan sasaran 30 peratus itu
sebagai satu erti peremajaan parti menuju PRU14.
"Satu kajian menunjukkan faktor calon menyumbang 60 peratus kepada
kemenangan dalam PRU. Selari dengan kajian tersebut, calon muda yang
akan membawa nama parti juga mestilah berasaskan calon yang disukai
ramai dan berkredibiliti," kata Mas Ermieyati.
Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pula akan terus memperjuangkan penambahan jumlah calon wanita pada PRU14 nanti.
Ketua Wanita Umno Bahagian Silam, Mizma Appehdullah menekankan
menjelang PRU14, Wanita Umno mahu penyertaan dan penglibatan wanita
diperluaskan kepada 30 peratus calon.
Ketiga-tiga sayap Umno itu hari ini juga melafazkan ikrar sokongan dan
taat setia tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak untuk terus menerajui parti dan kerajaan.
Ketua-ketua sayap parti juga menegaskan perkara tersebut dalam ucapan dasar mereka pada perhimpunan itu.
"Kesetiaan merupakan satu daripada ciri mentaliti jaguh yang perlu
dimiliki semua anggota parti, khususnya ketika parti sedang menyusun
gerak kerja mencapai kemenangan pada PRU14," kata Mas Ermieyati.
Selain itu, Ketua Penerangan Pemuda Umno Pahang, Mohd Fadzlei Abd Mubin
menegaskan Umno perlu menggerakkan jentera parti secara menyeluruh dan
terancang dalam usaha menarik semula sokongan golongan muda bagi
persediaan menghadapi gelombang PRU14.
Mentaliti menang turut menjadi semboyan ketiga-tiga sayap Umno itu
dalam menghadapi PRU14 sebagai parti yang berkemampuan untuk terus
mengemudi negara.
"Kita mesti yakin kita boleh menang, jangan kita mengaku kalah sebelum
berperang," kata Khairy yang tidak lagi mahu mendengar dalam kalangan
anggota parti yang bercerita seolah-olah Barisan Nasional akan kalah.
Semalam, Najib dalam Amanat Presiden parti menggesa ahli Umno
memperkukuhkan kebersatuan dan berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat.
Selain itu, Perhimpunan Agung Pemuda dan Puteri turut menyentuh nasib
etnik Rohingya dengan Pemuda mendesak keanggotaan Myanmar dalam Asean
dikaji semula berikutan penindasan dan kekejaman terhadap etnik
berkenaan.
Puteri pula mendesak supaya Jawatankuasa Anugerah Nobel menarik balik
anugerah Nobel Keamanan kepada Menteri Luar dan kaunselor kerajaan
Myanmar, Aung San Suu Kyi. – Bernama
1 orang berkata:
Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada MBAH SELONG yang
telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau saya
sekarang udah hidup tenang karena orang tuaku udah buka usaha dan
punya modal untuk buka bengkel skrang pun orang tuaku tidak di
kejar-kejar hutang lagi…dan keluarga Kami di berikan Angka
Ritual/Goib Dari mbah yg sangat Jitu 100%dijamin
tembus…hingga keluarga kami sekarang merasa tenang
lagi…terima kasih mbah…Jika Anda ada yg merasa kesulitan
masalah Nomer ToGEL silahkan hbg Aja MBAH SELONG
dinmr hp beliau (081-322-565-355)ATAU KLIK DISINI
dan saya sudah membuktikan 3kali berturut2 tembus terimah kasih
Post a Comment