Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI YANG SEBUT UMNO AKAN BERAKHIR SELEPAS PRU 14

Aura Tun Mahathir gentarkan Umno
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi
Dr Ahmad Yunus.

SHAH ALAM - Aura bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu kuat sehingga memberi ancaman kepada pentadbiran Umno-BN.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, aura dimiliki Mahathir sudah dimiliki sejak dahulu lagi sehingga memecahkan ahli Umno kepada dua bahagian.

“Aura Tun ni memang sedia ada dari dulu, apatah lagi dalam kalangan ahli Umno itu sendiri.

“Beliau membuat pendirian terkini yang turut memberi impak hingga memecahkan ahli-ahli Umno kepada dua bahagian,” katanya.

Selain itu katanya, isu pengundi muda turut mempengaruhi sokongan terhadap Umno berikutan golongan tersebut semakin bijak membuat penilaian.

“Realitinya tak boleh dinafikan hari ini anak muda mempunyai pengetahuan lebih meluas dengan mudah.

“Mereka membaca dan boleh fikir mana yang boleh beri kebaikan dari sudut pentadbiran parti itu sendiri dan dengan apa yang berlaku, mereka lebih kepada blok pembangkang yang ada pada hari ini,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan, Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, jentera Umno perlu bangkit menghadapi empat cabaran utama menjelang PRU14.

Antaranya ialah fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang, selain pengundi muda, perpecahan dalaman dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, PKR Selangor menyifatkan Umno pada hari ini sangat lemah dan cuba memperlihatkan parti serta ahli-ahlinya kuat melalui penguasaan media dengan hanya masih menerajui Putrajaya.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, sebab itu Umno cuma menggunakan isu kegagalan pembangkang bersatu secara maksimum bagi menutup kelemahan tersebut.

“Kepakaran mereka hanyalah ‘menangguk di air yang keruh’. Jadi, pastinya kelantangan bekas orang kuat yang juga mantan Presiden parti adalah sangat menakutkan mereka sebenarnya.

“Ketakutan itu dapat dilihat dengan kenyataan oleh Salleh Keruak. Saya tidak terkejut dengan kerisauannya,” katanya.

Namun Shuhaimi berkata, Pakatan Harapan tidak sesekali menggunakan kelemahan pihak lawan untuk menguasai negeri melainkan melalui idea gagasan ‘smartstate’ dan dasar holistik.

“Kami tidak gunakan kelemahan lawan dalam kuasai negeri dan negara ini. Itulah beza kami dengan Umno antaranya tampilkan idea gagasan besar ‘smartstate’ dan dasar terbaru yang holistik merangkumi pembangunan generasi muda dan dasar usahawan baru,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.