Kabinet baharu menjelang PRU14
ALOR SETAR - Biar pun Muktamar Pas ke-63 melabuhkan tirainya setelah
berkampung lima hari di Kedah, namun persoalan yang dinantikan masih
belum terjawab.
Isu memutuskan tahaluf siyasi walaupun diterima sebulat suara
perwakilan dan dewan-dewan parti, keputusan itu hanya akan dimuktamadkan
Majlis Syura Ulamak Pas.
Namun siapa kepimpinan bahtera ‘hijau’ ini sudah pun terjawab dan
mendapat sokongan padu ahlinya menerusi proses pemilihan menggunakan
sistem pengundian elektronik (e-undi).
Sistem pengundian yang pertama kali diperkenalkan ini menjadi indikator
proses pemilihan parti pada masa akan datang, di mana hanya mengambil
masa sekitar tiga jam, malah diyakini lebih telus.
Kita juga bakal menyaksikan penglibatan lebih aktif dua anak tokoh Pas,
yang juga anak kepada Presiden Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi
menerajui Pemuda. Manakala anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Nik Mohd
Abduh Nik Abdul Aziz sebagai AJK Pas Pusat.
Keduanya, diyakini akan mewarisi kepimpinan ayahanda masing-masing
dalam merencana hala tuju parti mendepani PRU14 yang disifatkan getir
dengan adanya saingan lebih banyak parti politik.
Melihat kepada barisan kepimpinan baharu, Pas yang dilabel sebagai
‘parti lebai kampungan’ membariskan bukan calang-calang pemimpin. Latar
belakang pemimpinnya tidak lagi menggambarkan parti ‘pak lebai’, namun
dibarisi insan berpendidikan tinggi dalam pelbagai bidang pengajian.
Kabinet Pas ini adalah gambaran masa depan parti melakar kedudukan Pas
pada PRU14, sama ada bersama gabungan pembangkang atau hanya menjalin
kerjasama bersama blok ketiga. Mereka inilah yang bakal mencorakkan
rentak politik dan perjuangan Islam berpandukan kepada Majlis Syura
Ulamak.
Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan ilmuwan diiktiraf dunia
Islam apabila dipilih sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia, memiliki
sarjana dari Asia Barat, Madinah dan Mesir.
Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mantan pensyarah kanan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan memiliki Ijazah Sarjana Dakwah dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebelum menyambung Ijazah Doktor
Falsafah (PhD) dan bertanding di Dun Jengka, menang pada 1999-2004.
Ketokohan Naib Presiden tidak perlu dipertikai, selain diasuh dalam
acuan Pas sejak belia, mereka memiliki latar belakang pendidikan dan
sosiopolitik yang mantap.
Idris Ahmad merupakan bekas pensyarah UiTM, manakala Datuk Mohd Amar
Nik Abdullah, graduan Universiti Birmingham United Kingdom (UK), juga
mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Manakala Datuk Iskandar Abdul Samad adalah graduan seibunya dari
Universiti Humberside UK.
Nik Mohamad Abduh mendapat pendidikan tinggi di India dan Universiti al
Azhar Mesir, di mana beliau terlibat secara aktif dalam politik selepas
pulang ke tanah air sebelum menerajui Dewan Pemuda Pas.
Dr Fadzli Hassan, bekas pensyarah UIAM ini memiliki PhD dari Universiti Birmingham UK dalam bidang undang-undang Perlembagaan.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali juga bekas pensyarah UKM memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti Jordan dan PhD dari UKM.
Dr Zuhdi Marzuki, bekas Timbalan Presiden Gamis, tokoh muda radikal
pada zaman kampusnya antara pelajar pintar yang diasuh sejak usia remaja
sebagai pimpinan Pas. Beliau memiliki PhD dari Universiti of Wales, UK.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, anak
kepada tokoh ilmuwan dan Hakim Syarie Kedah. Mantan Ketua Dewan Ulamak
Pas Kedah ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang
(UKM), Ijazah Sarjana Undang-Undang Perbandingan (MCL) di UIAM, selain
PhD bagi Pengajian Islam (UKM).
Razman Zakaria merupakan bekas Pengarah Kastam dan mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya (UM).
Sallehin Mukhyi, bekas Exco Selangor adalah tokoh gerakan mahasiswa dan juga graduan UKM dan UM.
Exco Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, lepasan Universiti al Azhar dan berlatar belakangkan ilmuan agama.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas, Dr Rosni Adam adalah pengamal
perubatan muslimah dan graduan UM, juga mantan aktivis pelajar pada
zaman kampus sebelum aktif bersama Pas.
Bekas Exco Selangor yang kini Adun Selat, Klang, Dr Halimah Ali,
menerima pendidikan di Elizabeth Matriculation College, Hobart Tasmania,
dan memiliki Ijazah Perubatan (Universiti Tasmania). Beliau yang juga
mantan Ketua Urusan Muslimat Persatuan Mahasiswa Islam Tasmania ini
memiliki Diploma Tasawwur Islam Ilham.
Mokhtar Senik menimba ilmu di Universiti Pakistan dan Mekah, pengasas kepada Kompleks Pendidikan An Nur di Kuantan, Pahang.
Muhtar Suhaili As-Sarawaki, anak Sarawak yang bertugas sebagai Jurutera
Kanan di sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa, berkelulusan
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatroniks (UIAM) dan Sarjana Master
Teknologi Petroleum dari Curtin University Australia.
Bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Misbahul Munir Masduki yang juga
aktivis Yayasan Amal Malaysia merupakan lulusan UM bagi Ijazah Pertama,
selain Ijazah Sarjana Sains Politik (UKM). Beliau juga mudir Pusat
Dakwah Serantau yang aktif.
Dr Azman Ibrahim, mendapat pendidikan Matrikulasi UM dan Ijazah
Pergigian dari Universiti Baghdad Iraq, seterusnya berkhidmat dengan
hospital kerajaan sebelum memiliki klinik di Kubang Kerian, Kelantan.
Dr Najihatussalehah Ahmad, graduan UM dalam bidang Perubatan dan aktif dalam gerakan Mahasiswa Islam sejak zaman kampus.
Kamaruzaman Mohamad adalah mantan Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah
Persekutuan, memiliki Ijazah Sains Pendidikan (UPM) serta Ijazah Sarjana
Pengurusan Teknologi Maklumat (UPM).
Abdullah Hussin, ahli legislatif dari Johor ini menimba ilmu di
Universiti al Azhar Mesir, sebelum menjadi pengasas pusat pendidikan
Islam.
9 orang berkata:
Politik anak beranak ke lebai?
Jangan cakap orang kan dah balik pada diri sendiri.
Banyaknya dalih nak putuskan hubungan dgn pkr...pusing punya pusing PRU pun sampai. Baik punya spin pak lebai malang.
Pas baik buka cawangan parti kat Iran. Kumpulan shia disana amat memerlukan anda disana.
Kat Malaysia pun kalau niat bertanding bukan utk menang nak buat apa?
Niat berpolitik main-main juga sebagai agen sub kerajaan utk pecah belahkan saingan.
Itu modus operandi Pas yg dibela kerajaan utk berfungsi ketika saat kritikal. Sebab itu pas tak pernah menang.
Pas akan karam, rakyat akan bangkit utk membalas sifat tikam belakang pak ustaz.
Kabinet dapur parti lebai2 rasuah.
Korang tau tak si luncai tu ada phd dari universiti mana? Tak salah aku phd undang2 dr Birmingham.
Pak pandir ada Phd dari universiti Oxford. Mak andih ada Phd dari universiti Cambridge. Sebab tu orang gelar dia Lebai Malang.
Ada sorang awek kat selangor tu ada phd jual nasi lemak tepi jalan je. Sebulan puloh2 ribu naik kancil. Rezeki halal. Tak ambik duit1 1mdb nih.
Nak tanya kat korang la.
Kat universiti mana ada offer phd bidang maki hamun. Aku nak belajar la
Ado phd gulong2. Kojo ee mengkopirkan orang. Polik den nengoan. Ilmu tak monpaat agok ee
zzzzz2018.6.15
nike blazer
vibram five fingers
off white clothing
canada goose jackets
moncler jackets
adidas nmd runner
nike outlet
pandora
louboutin shoes
christian louboutin shoes
zzzzz2018.7.7
coach outlet
fitflops sale clearance
salomom shoes
soccer shoes
air jordan 8
ralph lauren outlet
dsquared2
dsquared
ray ban sunglasses
adidas superstar
Post a Comment