Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO NAK IKUT TAJUK GUAN ENG MENGHINA ISLAM


Sesat hala tuju politik: Hadi jawab Guan Eng
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampai ucapan penggulungan sempena Majlis Penutup Muktamar Pas kali ke-63 di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut hari ini. - Foto Bernama

ALOR SETAR – Pas menempelak kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyifatkan parti Islam itu sebagai sesat hala tuju politik apabila menjadikan musuh tradisi Pas sebagai rakan dan menganggap DAP pula sebagai musuh.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tuduhan itu sama sekali tidak berasas kerana Pas adalah sebuah parti yang paling konsisten berbanding parti yang lain.

“Contohnya dalam isu Rang Undang-undang (RUU) 355, bantahan dibuat DAP adakah mengikut saluran undang-undang, tidak.


“Mereka buat bantahan yang tak ada kaitan pun dengan RUU355, itu tajuk yang lain,” katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng berkata, wujud kekeliruan dalam perjuangan Pas apabila mereka sebelum ini menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan Umno dan BN, namun tidak mahu memusuhi parti berkenaan.

Abdul Hadi berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan dan sedia bekerjasama dalam perkara yang baik.

“Soal kebajikan kita teruskan kerjasama, tetapi dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam, kita bangkang dan kita tentang. Itu pendirian kita yang terbuka.

“Contohnya dalam isu Akta164, kita tak setuju kerana tidak sesuai dengan realiti masyarakat di Malaysia. Sedangkan Pakatan Harapan dan parti lain menyokong perkara itu,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan yang bakal diambil Pas dalam menghadapi PRU14 sekiranya parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, beliau akui tidak gusar dengan perkara itu kerana Pas mempunyai banyak pengalaman.

“Kita pernah menghadapi pelbagai kemungkinan kerana sejarah politik senario kita panjang, lebih daripada orang lain.

“Kita pernah bersendirian, kita pernah tinggal satu kerusi dan tak ada kerusi langsung. Dua atau tiga penjuru, pengalaman kita banyak,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Pas sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku menjelang PRU14.

“Apa yang penting ialah kita nak semua ahli di negeri dan kawasan patuh kepada kepimpinan pusat,” katanya.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Hukum mengambil/ meminjam duit potongan gaji cikgu tanpa pengetahuan atau tanpa izin:

Para ulama dlm bab fiqh menganggap ia spt harta curian."tidak boleh seseorang memanfaatkan milik orang lain tanpa izinnya"

Hadis sahih HR Ahmad 5:72 syaikh Syuaib Al Arnauth "tidak halal harta seseorang kecuali dgn redha pemiliknya"

An-Nisaa' Ayat 29 yg maksudnya ".......wahai org2 yg beriman. Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dgn jalan yg batil..."

Hadis riwayat Muslim dan Abu Umamah yg maksudnya "Barang siapa yg mengambil harta saudaranya dgn sumpahnya, maka Allah mewajibkan ia masuk neraka dan mengharamkan masuk syurga...........meskipun hanya sebatang kayu siwak (kayu utk bersugi)"

Begitulah kerasnya amaran Allah.

Anonymous said...

Hanya sbb nak menang pru14, nak jawatan adun, nak pangkat, nak elaun, nak kereta besar; tapi kalu maki org, baruakan org, anjingkan org, babikan org, kufurkan org, kafirkan org, jahanamkan org...tak patut la. Jaga la imej ulamak. Korang dah rosakkan imej ulamak. Korang dah tukar imej ulamak jadi ularmak. Semua salah korang.

Anonymous said...

Boleh kamu cerita hal mengambil duit gaji cikgu ini. Apa cerita sebenarnya..

Anonymous said...

Sokong statement Tuan

Anonymous said...

Akhlak buruk lebai munafik ni yg buat Islam npk hina dan dipandang rendah penganut2 agama lain.

Anonymous said...

lebai atau MP PAN/PKR yg munafik? kalu betul islam sila sokong RUU355 waktu undian nnt yer...

Anonymous said...

kan pas dah x backup abg lim lagi, padan muka abg lim.. kalo abang lim tido sebantal lagi ngan pas dan x kawin ngan bini baru ni(pan), insyaAllah pas sanggup wat ape je la utk abg lim.. x caya tanya hasan ali.. hahaha

Anonymous said...

kadang2 Mangkok gak org Pas ni... percaya bulat2 kata Ruu 355 tu hukum islam.... pastu suruh org lain sokong.. x sokong munafik... pening2... kata bodo marah... kata lebai pun marah... kata monyt pun marah... bila dia kata kt org biawak... diboleh pula...kpd ahli pas tolong pikir.. org mcm ni ka yg korang nk ikut... sembang dgn org pas.. sekali kita akn jadi bodo mcm depa....

Anonymous said...

Ok.
Cepat2 bagi complete.
Lepas bahas baru undi

Unknown said...

adidas stan smith
new england patriots jersey
longchamp sale
hermes belts for men
michael kors outlet store
hermes belt
adidas shoes
adidas nmd
cheap jordans
cheap jordans

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.