Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MB TIADA KUASA ATAS EXCO PAS, MANA MULUT CELUPAR S/USHA PKR ?

Exco Pas tegas mereka masih bersama kerajaan Selangor
 Dr Ahmad Yunus Hairi, Iskandar Abdul Samad
Dr Ahmad Yunus Hairi, Iskandar Abdul Samad
 
SHAH ALAM - Exco kerajaan Selangor daripada Pas menegaskan bahawa mereka masih bersama pentadbiran negeri itu kerana ia adalah  mandat yang diberi rakyat pada Pilihan Raya Umum 2013.

Exco Kanan Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, langkah itu adalah demi  memastikan  kestabilan  kerajaan Selangor susulan timbul banyak khabar angin  mengenai kedudukan parti Islam berkenaan dalam pentadbiran pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, exco Pas juga akan menjalankan tugas seperti biasa dan memastikan semua program kerajaan negeri seperti Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) terlaksana dengan jayanya.

"Barisan exco Pas akan terus memainkan peranan aktif dan berkesan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008."

"Dengan itu, kami memberi sokongan kepada kerjasama serta persefahaman kepada kepimpinan sedia ada untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati kestabilan dan pembelaan yang berterusan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kedudukan exco Pas dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila muktamar ke-63 parti Islam itu April lepas meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang pernah menjadi sekutunya.

Bagaimanapun, keputusan itu hanya akan dimuktamadkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat mengenai tahaluf siyasi tersebut dalam masa terdekat.

Kerajaan Selangor dipimpin Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR dengan komposisi tiga exco daripada PKR, tiga DAP dan tiga Pas.

Sebagai exco kanan, Iskandar memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, manakala Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bagi portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi.

Selain itu, Zaidy Abdul Talib ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. - Bernama

19 orang berkata:

Anonymous said...

Berambusss sajalah..

Anonymous said...

kah3. sakit hati nampak, keldai oh keldai

Anonymous said...

abg lim still wat dono hehe.. pas kene cuba strategi lain utk wat bekas suaminya itu(abg lim) kembali memujuknya hehe..

Anonymous said...

Pecat saja la kalu ada telo.. hi..hi..

Anonymous said...

Hero mmg org jahat jeles tu... kikiki

Anonymous said...

beambus je la. apa tunggu lagi.
ramai adun pas lain nak lompat.

Anonymous said...

kalau hebat sangat, buat la kejaan baru dgn umno selangor.
kahkahkah

Anonymous said...

Parti lebai2 keldai takde maruah sanggup melutut pd PKR, Amanah dan DAP..

Rancangan keldai2 Pas dan Umno nak guling Azmin dan PKR gagal. Malulah..

Anonymous said...

hahaha lebai sayang nak tinggalkan elaun.. kaya ooo kalau jadi exco di selangor.

Anonymous said...

Elehhhhh undi pas pun bukan boleh ubah apa2. Dia dah lebih umno dr umno.

Kahakptuiii

Anonymous said...

Mak ko nak Q7 tak?
Hehe

Anonymous said...

Nak guling2 azmin?
Ha3
Ada adun pas yg lompat kang

Anonymous said...

Mak dia nak velfire je bro. Velfire suspension bagus bro.

Anonymous said...

Lebai fulusikom

Anonymous said...

Nak suruh azmin pecat x berani...kan kene sound gila jawatan lagi...terpaksa la.suruh keldai2 hiok hiok hiok...syuhh syuhhh

Anonymous said...

Klu nak buat highway pun pas tak mampu nak bagi, tak perlulah nak mintak org undi. Rakyat miskin duduk dlm khemah, ko seronok naik Q7 dan Range Rover.

Anonymous said...

Tuang guru dedakikum Wal fasfisfus

Anonymous said...

Keldai2 hiok hiok hiok jd tunggangan lebai2 rasuah jual agama.

Anonymous said...

mak korang taksub politik mcm korang gak x? haha

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.