Shabery, Hadi saksi MoU Jabatan Perikanan, Petronas
MARANG - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) program
Rig To Reef antara Jabatan Perikanan dan Petronas di Dataran Marang di
sini, hari ini.
MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu
Hassan dan Naib Presiden (Pengurusan Petroleum) Petronas, Muhammad Zamri
Jusoh.
Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri
Asas, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar serta Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri A. Latiff Awang.
Menerusi usaha itu, Jabatan Perikanan bekerjasama dengan Petronas bagi
melabuhkan tukun tiruan dari pelantar minyak terpakai di perairan
perikanan Malaysia.
Pemimpin terlibat kemudian bertolak ke perairan Pulau Kapas kira-kira
pukul 10 pagi bagi menyaksikan pelepasan tukun sempena program itu dan
meninjau program kajian biodiversiti spesis ikan di kawasan tukun
tiruan.
4 orang berkata:
Hadi ni hanya layak jd nelayang je. Jadi ketua asyik menyesatkan akidah orang je kerjanya.
Setakat tu saja yg hadi layak pun, jadi saksi sambil pakai topi viet kong. Pembawa ajaran sesat.
Lebai tu menteri perikanan ker?
Bakal...
Post a Comment