Najib batal perjanjian Bandar Malaysia?
RAMAI pihak tertanya-tanya apakah punca sebenar
pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia seperti
diumumkan TRX City Sdn Bhd, kelmarin.
Mengikut kenyataan TRX City Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian
Kewangan, SSA Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn
Bhd (IWH), dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC)
telah dibatalkan berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan
tanggungjawab pembayaran.
Namun sesetengah pihak pula menyangkal dakwaan tersebut, sebaliknya
menuduh kerajaan China enggan meluluskan perjanjian firma milik negara
itu dengan IWH yang berpangkalan di Johor.
Malah, yang lebih mengejutkan ialah kononnya Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak sendiri membatalkan perjanjian itu berikutan PRU14
akan diadakan tidak lama lagi.
Menurut Sin Chew Daily, demi berusaha mengekalkan tampuk pemerintahan,
Najib terpaksa mengambil keputusan menangguhkan perjanjian itu buat
sementara waktu kerana bimbang kehilangan sokongan pengundi Melayu,
terutama golongan konservatif.
"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menerus menuduh
kerajaan menggadaikan maruah negara dengan menjual Bandar Malaysia
kepada China. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan Mahathir tidak boleh
dipandang remeh.
"Akhirnya Najib terpaksa ambil keputusan menangguhkan perjanjian jualan
saham itu dan hanya akan membuka semula rundingan selepas berakhirnya
PRU14," tulis akhbar ini.
Akhbar itu turut menulis, pembatalan perjanjian ini membolehkan
kerajaan menguasai sepenuhnya projek Bandar Malaysia, sekali gus tidak
akan memberi peluang kepada parti pembangkang menggunakan isu tersebut
sebagai modal politik mereka.
"Pembatalan ini turut didorong oleh kegagalan pihak pembeli menunaikan
janji melakukan pembayaran, maka sebab itulah kerajaan sendiri mengambil
keputusan tidak lagi bekerjasama dengan IWH CREC Sdn Bhd."
Perjanjian tersebut membabitkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd bernilai RM7.41 bilion.
Keseluruhan pembangunan Bandar Malaysia dipercayai membabitkan kos kira-kira RM200 bilion.
Berikutan perkembangan ini, Kementerian Kewangan selaku pemegang
tunggal kepentingan TRX City akan mengekalkan pemilikan 100 peratus
terhadap kawasan berkenaan.
TRX City akan mempelawa mana-mana pihak berminat sebagai pemaju induk
Bandar Malaysia dengan pemilikan penuhnya dikekalkan oleh Kementerian
Kewangan.
Perdana menteri dapat dana pilihan raya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan memasukkan dana
pilihan raya ke dalam akaun sendiri kerana tidak tahu bagaimana hendak
menguruskannya.
Ia didedahkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz seperti disiarkan Oriental Daily.
Menurut Mohamed Nazri, dana tersebut diperoleh Najib ketika beliau
buat pertama kalinya memimpin BN menghadapi PRU sebagai perdana menteri.
"Setiap kali apabila menghadapi persiapan PRU, Pengerusi BN perlu
mendapatkan dana yang mencukupi. Bukan senang nak kumpul dana dengan
jumlah yang banyak.
"Apabila beliau pertama kali mengetuai BN hadapi PRU, beliau tak tahu
nak dapatkan dana daripada siapa. Akhirnya putera raja Arab Saudi sudi
memberikan kepadanya.
"Tetapi setelah dapat wang tersebut, beliau tak tahu nak simpan wang
itu di mana, lalu beliau pun membuka satu akaun bank sendiri dan
menyimpannya di situ," jelas Nazri yang tidak menyatakan berapa jumlah
diperoleh perdana menteri itu.
Beliau menegaskan, perdana menteri sepatutnya tidak boleh disalahkan kerana menyimpan wang itu ke dalam akaun sendiri.
"Masalahnya ialah kedatangan sumber wang itu, sekiranya diperoleh
dengan cara menyalahi undang-undang ataupun hasil daripada rasuah, ia
sudah pasti bersalah. Tetapi, setelah diakui oleh putera raja Arab Saudi
bahawa wang itu hasil derma, saya rasa perdana menteri tidak patut
dipersalahkan," katanya.
Beliau berkata, bagi menghadapi pilihan raya, jumlah wang diperlukan BN
adalah lebih kurang RM99 juta, termasuklah membayar wang deposit untuk
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan wang perbelanjaan pilihan raya untuk
setiap calon.
6 orang berkata:
Najib jual negara dan pemimpin PIS jual agama dan maruah, sanggup baham dedak. Elok sangat la bergabung, saling melengkapi. TAKBIR!
errr... pak karam walaunta jual nombor togel.
Anon 7.35.. PH jual apa??? Jual air liur tabur fitnah
.....
Buto lah...UmNgok dan Pigs
Bagus la umno ni, tak jual bandar. Patutlah pas kejasama ug dgn umno.
Kah3
Sila kutip dedak di kaki mereka...
8.14..itu kerja hakiki lebai2 mung
Kenapa lebai tuang punahsihat 25% ketua penyamun diam menikus?
Post a Comment