Jawatankuasa Pas Pusat akan buat keputusan
SHAH ALAM – Keputusan akhir mengenai tahaluf siyasi Pas dengan PKR akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pas Pusat.
Ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Idris Ahmad berkata, ini kerana majlis
itu hanya membuat keputusan berdasarkan hukum selepas sesuatu usul itu
diterima di peringkat muktamar.
“Selepas majlis dapat keputusan, ia akan diserahkan kepada Jawatankuasa
Pas Pusat untuk menentukan sama ada mahu melaksanakan keputusan itu
ataupun tidak.
“Ini kerana Jawatankuasa Pas Pusat menguruskan dari aspek strategi
politik, manakala majlis pula buat keputusan berdasarkan hukum,”
katanya, semalam.
Sebelum ini, perwakilan di Muktamar Tahunan Pas ke-63 sebulat suara
meluluskan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik
dengan PKR.
Difahamkan, usul itu akan dirujuk kepada majlis itu yang akan
bermesyuarat secepat mungkin bagi membuat keputusan berhubung kerjasama
antara dua parti berkenaan.
Menurut Idris yang juga Naib Presiden Pas, Jawatankuasa Pas Pusat dua
tahun lalu telah bersetuju memutuskan hubungan dengan DAP setelah
mendapat keputusan hasil kajian daripada majlis itu.
Katanya, proses memutuskan hubungan dengan PKR dijangka mengambil sedikit masa sama seperti dilakukan ke atas DAP sebelum ini.
Sementara itu katanya, Majlis Syura Ulamak belum menetapkan tarikh
untuk bermesyuarat bagi membincangkan mengenai kerjasama politik antara
parti Islam itu dengan PKR.
Katanya, mesyuarat itu tidak akan diadakan hari ini seperti dihebahkan media dan beliau juga belum dimaklumkan.
6 orang berkata:
Mana mungkin majlis syoruu ..oops! Majlis syura putuskan dgn pkr, nanti lebai2 di selangor termasuk lah din ayam akan miss soruu.
Lebai lebong lebat, nampak karung duit semua meleleh air liur mcm anjing.
Muktamar kata dah bercerai..skrg mtk digantung tak bertali pulak. Dasar putarbelit Parti Ajaran Syaitan.
Bgus la demo oyak gitu , senang ket kawe pulas gang demo lps nim ..
PAS..Parti Ajaran Syaitan berketuakan dajjal.
MCM sial majlis ularmak tu
Pas parti mata duitan @ parti fulusikom
Post a Comment