Permulaan politik matang Pas-Umno
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui
kehadirannya pada majlis pelancaran program tukun tiruan Rig To Reef di
Pulau Kapas di sini, adalah permulaan kepada politik matang antara Pas
dan Barisan Nasional (BN).
Malah, Ahli Parlimen Marang itu turut berterima kasih kepada Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana
mengundang beliau untuk menghadiri program tersebut.
“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya sama-sama menyertai
program ini yang sangat bermakna untuk semua, untuk orang politik, dapat
kembali semula kepada politik matang.
“Kerjasama ini (antara Pas dan Umno) adalah politik matang, politik
yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza
pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat, kita mesti
bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan proses
melabuhkan tukun tiruan di perairan Pulau Kapas yang kemudiannya dibawa
ke sebuah bot untuk menaikkan bubu nelayan berhampiran kawasan tukun
berkenaan.
Ditanya sama ada kerjasama Umno dan Pas itu akan menimbulkan persepsi
negatif dan perasaan kurang senang pihak-pihak tertentu, Abdul Hadi,
berkata ia akan difahami oleh mereka terutama rakyat di peringkat akar
umbi.
"InsyaALLAH rakyat akan faham bila rakyat menyedari yang kepentingan
dan hak mereka dijaga dengan baik. Rakyat boleh berfikir dengan matang
di dalam perkara ini kerana pelaksanaan secara praktikal itu lebih
penting berbanding teori.
"Apa yang berlaku, kita kena ingat negara kita ini warisan penjajah
yang banyak benda negatif perlu dihapuskan, perkara yang boleh
menimbulkan ketegangan kita kena hentikan, tarik 'hand brake' dan
menyelamatkan negara dan rakyat.
“Itu lebih penting, mengatasi segala-galanya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut meminta semua pemimpin Pas di
Selangor tidak mengambil sebarang keputusan apabila Muktamar Pas ke-63
baru-baru ini meluluskan usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR
diputuskan.
“Apa yang penting ialah semua pimpinan Selangor akan patuh kepada
arahan Pusat. Adapun apa tindakan kita lihat perkembangan selanjutnya
yang akan berlaku selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan mengatakan wujud usaha dan
gerakan merampas Selangor melibatkan wakil rakyat PKR dan Pas dan usaha
dan gerakan itu dikatakan mendapat kebenaran daripada beliau.
Ketika ditanya pemberita mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa
tindakan Pas memutuskan hubungan dengan PKR akan merugikan parti itu,
katanya, soalan itu hanya sekadar andaian dan beliau tidak dapat
menjawabnya.
“Soalan itu (hanya) andaian, (kalau) andaian kita tak boleh nak jawab,
andaian ini benda yang berkemungkinan…kemungkinan untung, saya boleh
kata untung sebagaimana yang mereka kata rugi…(hanya) andaian,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun berkata, langkah
memutuskan hubungan dengan PKR diharap akan menguntungkan Pas apabila
ia akan mewujudkan sikap pembangkang yang menasihat, pembangkang yang
bekerjasama.
“Keadaan itu akan menimbulkan satu keadaan yang stabil kepada negara,
yang boleh menguntungkan bukan sahaja dari segi politik tetapi termasuk
dalam aspek ekonomi dan kerajaan,” katanya.
Sekiranya pilihan raya diawalkan di Selangor, katanya, itu terpulang
kepada Selangor kerana Selangor ada Perlembangaannya sendiri, kena rujuk
kepada Perlembangaan Selangor serta terpulang kepada keputusan Sultan
Selangor.
17 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7700] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 690 JUTA , wassalam.
Setan mulut ikan toman gang sama setan sarban besar
PIGS + Umno = Politik BANGSAT
Politik Sekular + Shia
Lebai dah termakan dedak ketua penyamun. Walaun2 ikut bersubahat. Lahanat Hadi dan Pas.
HAHAHA MEMANG MALANG! INI POLITIK MALANG!!!
Ahli pas yg benci umno tak tau benda yg hadi buat ni. Klu depa suma tahu memang jadi migrasi besar2an.
Harap PH ambik peluang.
Akhirnya berkuburlah harapan rakyat dan arwah TGNA terhadap pas untuk selama2nya. Pas bukan lagi sandaran rakyat menumpang teduh....
Eloklah pert 3 penjuru agar pas pupus untuk selama2nya.
Harapan TGNA dahulu mahu melihat kemenangan Pakatan Rakyat (PKR + PAS + DAP ) seterusnya mentadbir Putrajaya. Dari kacamata beliau hanya Pakatan Rakyat sahaja dapat memperbetulkan sistem pemerintahan Malaysia yang kian bobrok/rosak dibawah umno/bn ketika itu. Semua rakyat tidak kira agama atau bangsa terbeban akibat salahlaku ini. Ketika itu UG menyembunyikan identiti diri khuatir akan ditemplak oleh TGNA. Tapi Allah sayangkan TGNA, beliau tidak sempat melihat perubahan ini. Inilah 'harapan' TGNA. Oleh itu Pakatan 'Harapan' diberi nama sebagai mengenang
dan neneruskan HARAPAN TGNA.
Ayuh tolak barisan pas kini yang jelas menghianati TGNA.
Semoga roh TGNA dicucuri rahmat.
dah lebai2 kelentong pas x nak kawan ngan korang yg korang merengek2 tu wat pe barua2 taksub politik oi hehe
Hi..hi...hi.. meroyan..
Ini namanya politik NATANG ciptaan lebai2 rasuah jual agama.hi hi hi
Politik hadi natang
Menate mung. Politik menate mung
Natang bewok mung hading
Nate tu nok gi maner tu?
Post a Comment