Shabery dedah pengalaman bersama Hadi 30 tahun lalu
MARANG - Setelah 30 tahun berlalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendedahkan rahsia pengalaman kali
pertamanya menjadi ‘pelaut’ bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
“Saya dapat melihat bagaimana Tuan Guru (Abdul Hadi) pada waktu
tersebut berbeza dengan Tuan Guru yang saya kenal apabila berada di
laut. Beliau adalah nelayan tulen, beliau ke hujung ke belakang bot
mengejar ikan.
“Beliau (dilihat) melupakan segala-galanya (ketika di laut) dan beliau
tahu di mana ada ikan, mana tiada ikan. Saya memerhatikan dengan
kekaguman tetapi sebentar sahaja saya masuk ke dalam kerana tak tahan
mabuk,” katanya.
Beliau menceritakan semula pengalamannya itu ketika berucap pada Majlis
Pelancaran Tukun Rig To Reef (R2R) dan Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) di Marang Waterfront di sini.
Shabery berkata, Abdul Hadi juga berbeza apabila berada di laut malah
hati pemimpin Pas itu dilihat sentiasa pada laut, pemikirannya juga pada
laut bak kata penduduk di Rusila, Tuan Guru dengan laut tidak dapat
dipisahkan.
Menurutnya, Abdul Hadi juga bukan melihat laut dan ikan adalah sekadar hobi semata.
“Tetapi saya bercakap pada kawan-kawan saya di Jabatan Perikanan banyak
rahsia-rahsia yang berkaitan dengan laut yang banyak telah diberitahu
pada saya oleh pegawai-pegawai, ada banyak rahsia yang boleh dipelajari.
“Misalnya tentang apa itu pukat, apa musimnya, ikan apa yang baik pada
waktu tertentu. Bagaimana kalau ingin menjala kalau airnya di paras
lutut, airnya di paras pinggang dan tidak banyak orang boleh menjala
kalau air di paras dada.
“Dan Tuan Guru berkata ada waktu tertentu perlu mengetahui bagaimana
untuk melangkah air, melangkah ombak, melangkah arus, bagaimana ada
waktu tidak boleh menggunakan kekuatan tangan tapi menggunakan kekuatan
dada dan badan.
“Ahli sukan dia tahu bagaimana konsep ‘body coil’ untuk memberi
‘power’ kepada tebaran yang akan digunakan untuk tujuan jala jadi pada
hari ini sedikit ingatan 30 tahun dulu akan dapat saya kembalikan.
Terima Kasih Tuan Guru kerana dapat bersama kita sekali lagi pada hari
ini,” katanya.
3 orang berkata:
mat shabery dan mat hadi mmg sesuai jadi nelayan. Mat shabery jadi tekong, mat hadi dah tua ngikut je la mcm dicucuk hidung.
Padan muka Hadi. Ini semua rancangan Umno parti sekular nak memalukan Pas.
Mabok pil kude ker abang adi kot?
Post a Comment