Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

100% TIDAK SETUJU

KEM TENTERA DIBANGUNKAN SEMULA MENGIKUT PEREDARAN MASA  = SETUJUUUU ! 

KEM TENTERA DITEMPATKAN SEMULA DITEMPAT LAIN = TIDAK SETUJU

KEM TENTERA YANG ASAL DILARANG DI JUAL
DENGAN PEHAK LAIN = FULL STOP !

JIKA KEPERLUAN KERANA TIDAK MENCUKUPI
BOLEH DITAMBAH DITEMPAT BARU !

KEM YANG LAMA TETAP HAK  TENTERA DILARANG SAMA SEKALI DIJUAL DAN KEKALKAN SEBAGAI HAK TENTERA. KEM TENTERA ADALAH MARUAH KAMI.

JANGAN PANDAI-PANDAI NAK CARI PELUANG DARI HAK TENTERA. SUDAHLAH NASIB TENTERA TERBIAR.

JANGAN ADAKAN ALASAN BODOH. KAMI BEKAS TENTERA  TIDAK REDHA SAMA SEKALI KEM
LAMA DIJUAL. CARILAH SUMBER DUIT YANG LAIN.


-Pak Karamu-
Sudah sampai masa kem tentera 'berubah'
Mohd Johari Baharum
Mohd Johari Baharum

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merancang untuk melakukan pembangunan semula kem-kem tentera yang lama supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman dengan menempatkan semula kem di lokasi yang lebih sesuai, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Johari Baharum.

Beliau berkata sesetengah kem didapati tidak sesuai berada di lokasi sedia ada berikutan pembangunan di kawasan sekitarnya.

“Kalau kita tengok sesetengah kem kita memang tak sesuai dengan keadaan pembangunan sekarang seperti lapangan terbang di Kem Sungai Besi.

“Begitu juga Kem Batu Kentomen, kalau kita tengok tempat itu sudah jadi tempat komersial yang mana tidak lagi sesuai dan kita melakukan pemindahan kem-kem kita ini mengikut jadual,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai satu surat terbuka yang ditulis oleh bekas pegawai ATM yang tular di media sosial mendakwa kerajaan berhasrat menjual empat lokasi kem tentera di ibu negara dan Johor Bahru.

Johari berkata kementerian masih berusaha mencari lokasi baharu bagi pembangunan semula beberapa kem tentera di kawasan yang sesuai bagi memberikan manfaat kepada anggota tentera termasuk membina kuarters yang lebih selesa dan moden.

Majlis Aidilfitri di Wisma Perwira, ATM di sini itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 3,000 anggota dan pegawai tentera serta keluarga selain delegasi tentera luar negara.

Turut hadir ialah Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Peredaran zaman hangguk kau!
Penjual negara!
Harus ditumbang kan!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.