Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR SEJAK ZAMAN SILAM TINGGAL DALAM PENJARA SEHINGGA KINI. AAAAH ! TAK PERLU DI INGATI !

TQ, MERDEKAAAAAAA !
 
-Pak Karamu-
 
 
Pecat Anwar kisah silam tak perlu diingati: Tun M
0
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
GEORGETOWN –  Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, 20 tahun lalu sebagai kisah silam yang tidak perlu diingati.

Mempertahankan tindakannya, Pengerusi Bersatu itu berkata, keputusannya memecat Anwar adalah  adalah ‘mengikut situasi ketika itu’.

“Sekarang berbeza, jika kita terus membawa kisah silam, kita tidak boleh bekerja dengan semua orang.

“Kamu akan terus berlawan dengan musuh kamu selama-lamanya dan ini adalah buruk. Saya tidak mahu terheret dengan kisah lampau,” katanya yang dipetik dalam sesi Facebook Live ketika menjawab soalan daripada Pengerusi Kumpulan Multimedia Thailand, Suthichai Yoon, kelmarin.

Dalam sesi itu, Suthichai menyoal sama ada bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu menyesal di atas perlakukannya terhadap Anwar sebelum ini.

Sebelum ini, Mahathir pernah membuat tuduhan terhadap Anwar dalam sidang medianya pada 1998 mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Dalam perkembangan sama, Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Mahathir membuat penjelasan, sama ada beliau masih berpegang kepada pendiriannya terhadap Anwar atau sebaliknya.

Beliau bagaimanapun dilaporkan enggan menyahut cabaran Najib dengan berkata, mahu melupakan perkara silam.

Mahathir juga menyatakan Pakatan Harapan dengan sekutu baharunya perlu bekerjasama untuk menjatuhkan BN dan Umno.

5 orang berkata:

Anonymous said...

mahadey kata x payah ingat jgn ingat la.. folo dan percaya je.. madey raya 20 tahun sekali ngam2 dia humban anwar dalam jel 20 tahun lepas. ni dia mintak maaf la sebab ni raya pertama selepas dia humban anwar dalam jel.. dia raya 20 tahun sekali sebab tu baru la ni mintak maaf.. bukan dia x nak mintak maaf awal itu ari jgn salah paham hihihihi..

Anonymous said...

Yg perlu di ingati pak karam dpt sponsor dari iklan angka ghoib sebab tin milo x penuh2 lagi. Ramai ahli dah lari.
hahah3

Anonymous said...

Duit tabung mangsa memali yg lebai songlap dulu pun tak perlu diungkit, halalkan jer laa.

Anonymous said...

Dasar lebai munafik bangsat..dah jumpa ayat halalkan rasuah 90juta ke?

Anonymous said...

Tapi sekarang dia dah mintak maaf.


Ohstart hadi dah mintak maaf? Dah ke lom?
Mintak maaf kat akhirat yek?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.