Ada sebab Anwar jaga Tun Mahathir
KOTA BHARU - Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim dilihat semakin
terdesak apabila sekali lagi mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, jelas
sekali tindakan Anwar kini membuat ‘u-turn’ mempunyai motif mahupun
kepentingan untuk diri sendiri.
Anwar katanya semakin melupakan dosa-dosa yang dilakukan bekas perdana menteri itu.
“Ada sebab kenapa Anwar jadi begini. Dia fikir untuk diri dia. Sebab
dia tahu betapa pengaruhnya Tun Mahathir biarpun bukan lagi perdana
menteri. Jangan fikir Tun tidak ada pengaruh,” katanya semalam.
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang memberi peringatan supaya
kesediaannya untuk memberi fakta telus dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja
berkaitan kerugian besar Bank Negara sekitar tahun 1990-an tidak
menjadi momokan politik termasuk menyerang Tun Mahathir.
Dalam perkembangan lain, mengulas pandangan PKR yang menganggap Pas
angkuh apabila melancarkan jentera pilihan raya di Parlimen Permatang
Pauh, Che Abdullah berkata, PKR tidak boleh menuding jari.
Adun Wakaf Baharu itu berkata, PKR perlu mengetahui sejarah sebelum
mereka boleh bertapak di sana, yang mana dahulunya ia adalah kerusi
tradisi Pas.
Lagipun katanya, sebagaimana kesediaan Pas untuk bergerak sendirian dan
bertanding di semua kerusi pada PRU 14 nanti, sewajarnya jentera parti
digerakkan di semua kawasan.
“Nak bertanding atau tidak ia perkara lain. Bila nak pilihan raya kita
kena lancar jentera parti. Kita tidak pernah mencabar sesiapa, (tapi)
bila banyak cabaran kita ambil sikit-sikit,” katanya.
Kelmarin, Naib Presiden PKR, Tian Chua meminta Pas menghentikan segala
tindakan yang boleh mencabar kesabaran parti itu termasuk dalam soal
melancarkan jentera di Parlimen Permatang Pauh.
6 orang berkata:
Pakar putar belit dan pakar kelentong rakyat si anwar,,ko duduk la dlm penjara tu diam2. Du ko kata tun menzalimi ko, sekarang ko kata tun di pihak yg benar. Jika tidak, kenapa pertahankan tun? Jika tun benar, maka anwar bersalah la. Tapi, anwar memang dah disabitkan bersalah sodomi ikut mahkamah dunia dan dihukum kerananya. Jika kita percaya anwar dizalimi sekalipun,,maka tidak boleh harapkan anwar yg sudah tidak relevan,,master mind kajang move,,akhirnya pkr menikam pas dari belakang bersama dap. Anwar juga selinap masuk golongan munafiq geng 18 ke dalam pas sehingga pimpinan pas tertipu dgn golongan yg anggap dan yakin mereka golongan professional konon.
Baso lebai munafik..dok bersaing dgn penyamun duit rakyat..
rileksa la, sekarang memang anwar teruk.. tggu pas kawan ngan dap balik.. nanti anwar wangi balik.. kemon la cam x biase lak hihihi
Lobai angka ghoib. Perangai mcm celaka
Keraguan wa makin menabal kepada Pas yg mengaku perjuangkan islam mengikut AlQuran & Sunnah . Apa masalahnya jika Anwar maafkan dosa2 Tun M pada nya . Sedangkan Nabi ampun kan umat nya , tapi tidak pada ulamak2 Pas ? Kenapa ?
dh gelabah bewak... kelantan nk tumbang.... pan parti cucu nk tendang parti pas(tokwan).... dh lama dh tokwan kencing rakyat kelantan dgn jual nama islam...
Post a Comment