Kerajaan DAP P Pinang hipokrit, enggan tandatangan IBR
TAMPIN – Keengganan Kerajaan Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas
Rasuah (IBR) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menunjukkan sikap sebenar kerajaan DAP yang hipokrit dalam memerangi
rasuah.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
salah satu manifesto pembangkang yang telah diketengahkan sebelum ini
ialah dalam masa 100 hari mereka akan menumpukan isu berkaitan rasuah
iaitu menghapuskan rasuah.
Menurutnya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),
IBR berkenaan merupakan perkara asas yang dilaksanakan SPRM dalam usaha
untuk melaksanakan tanggungjawab berkaitan memerangi rasuah.
“Kerajaan Pulau Pinang tolak kerana takut terlibat dalam kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
“Ini menunjukkan sikap hipokrit pembangkang, cakap sahaja, tuduh
macam-macam Kerajaan BN rasuah sedangkan negeri-negeri di bawah Kerajaan
BN sudahpun menandatangani IBR ini,” katanya kepada pemberita sempena
Sidang Media Majlis Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Negeri Tahun
2017 Zon Tengah/ Selatan di Dewan Perdana Tampin, di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, manifesto yang diketengahkan pembangkang
berkenaan dalam menghapuskan rasuah dalam tempoh masa yang ditetapkan
tidak dilaksanakan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng.
“Pembangkang ni cakap sahaja tapi bila kena batang hidungnya sendiri,
tak buat apa yang dicakapkan... contohnya ikrar asas oleh SPRM ini,”
katanya.
2 orang berkata:
Bila sprm nak tangkap kepala perompak?
Bila sprm nak tangkap pemakan dedak 90j
Post a Comment