Stesen minyak kaut keuntungan dikesan
KUALA LUMPUR - Stesen minyak yang sengaja mengambil kesempatan bagi
mengaut keuntungan daripada situasi turun naik harga petrol tidak akan
terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu adalah menjadi satu
kesalahan dan mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan di
bawah Akta kawalan bekalan 1961.
"Kita telah menerima beberapa aduan mengenai perkara ini daripada
pengguna dan siasatan telah pun dijalankan. Semalam kita juga telah
bertemu dengan pengusaha dan persatuan stesen minyak berhubung perkara
ini.
"Minggu hadapan pula kita akan berjumpa dengan syarikat minyak dan
tindakan akan diambil jika terbukti mereka melakukan kesalahan
tersebut," katanya selepas merasmikan festival 'WorldFood Expo 2017'
anjuran LuLu Hypermarket, hari ini.
Sebelum ini, beberapa pengguna meluahkan rasa kecewa apabila mendapati
stesen minyak yang sering dikunjungi ditutup lebih awal pada malam Rabu.
Mereka mendakwa penutupan itu disengajakan, disebabkan peniaga mahu
mendapat untung lebih sebaik harga petrol RON95 dan RON97 diumumkan naik
empat sen dan harga diesel naik tujuh sen berkuatkuasa tengah malam
tadi.
Sementara itu menyentuh mengenai saranan Presiden Umno Datuk Seri Najib
Tun Razak yang meminta ahli Umno merapatkan saf perjuangan parti,
Hamzah berkata beliau sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut.
"Ya saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno bersetuju dengan Presiden
yang mahukan ahli-ahli parti merapatkan silaturahim dan memperkukuhkan
parti kita," katanya.
Katanya lagi, beliau sedar apa keadaan sekalipun pembangkang akan
mencuba untuk mencari isu yang boleh menyebabkan ahli Umno merasa kurang
senang apabila berhadapan dengan rakyat.
"Jadi saya nasihatkan ahli Umno agar tidak mencari kesalahan remeh yang boleh menyebabkan kita berpecah belah," katanya.
Dalam pada itu, bercakap mengenai 'World Food Expo 2017', beliau
mengajak orang ramai untuk menyertai festival tersebut memandangkan ia
menyediakan pelbagai tawaran hebat khas buat pengunjungnya.
"Daripada apa yang kita tahu, menu makanan yang mereka sediakan untuk
semua pengunjung yang datang ke festival ini akan bertukar-tukar setiap
tiga hari.
"Selain itu, saya difahamkan juga mereka akan menawarkan potongan
harga bermula 10 hingga 30 peratus terhadap 250 barangan yang dijual di
pasaraya ini," katanya.
World Food Expo 2017 adalah festival ke dua yang dianjurkan oleh LuLu
Hypermarket sebagai usaha memperkenalkan kepelbagaian makanan di serata
dunia.
Penganjuran festival ini juga memberi peluang kepada perusahaan kecil
dan sederhana (PKS) untuk memperkenalkan produk masing-masing.
Selain menawarkan pelbagai makanan, festival ini juga turut dimeriahkan
dengan aktiviti seperti pertandingan memasak untuk merapatkan hubungan
antara pengunjung yang hadir.
3 orang berkata:
Kalu parti lobai munapik kat zimbabwe tu tegolek dog, barulah harga minyak betol2 turun
Parti Amunapik Semalaysia.
Assalamu alaikum wr wb...saya agustina member MBAH SANGKIL yang berhasil,angka yang di berikan MBAH SANGKIL kemarin 4d SGP tembus 100%,syukur alhamdulillah dapat kemenangan (400.juta) terima kasih banyak MBAH SANGKIL,berkat bantuanny saya sudah bisa melunasi hutang bapak saya sama rentenir,dan bukan hanya itu MBAH saya juga sudah bangunkan rumah untuk kedua orang tua,bagi teman-teman pecinta nomor togel kalau mau menang s eperti saya lansung hubungi MBAH SANGKIL di nomor hp: 0852-1049-3757 tidak usah di ragukan lagi karna saya sudah membuktikannya adapun bantuan lainnya selain pesugihan nomor togel (1.) Pesugihan Uang Ghaib (2) Pesugihan Minyak Penarik Uang (3) Pesugihan Uang Balik (4) Pesugihan Bank Ghaib (5) Pesugihan Tuyul (6) Pelet Ampuh (7) Transfer Janin
Post a Comment