Hak kerajaan negeri laksana sebat di khalayak
KOTA BHARU - Keputusan kerajaan negeri melaksanakan hukuman sebat di
khalayak ramai yang diputuskan Dun Kelantan adalah keputusan negeri itu
yang tiada kaitan dengan kerajaan pusat.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin
Abdul Rahman berkata, bagaimanapun jika undang-undang berkenaan
dikuatkuasakan di seluruh negara, ia tertakluk kepada keputusan kerajaan
pusat yang perlu dibawa ke peringkat parlimen.
"Saya sebagai pemimpin kerajaan pusat tidak boleh campur tangan kerana
ia adalah urusan negeri, jadi ia terpulang kepada kerajaan negeri untuk
menjalankan hukuman berkenaan.
"Apapun keputusan, kena bawa kepada Parlimen untuk dapat kelulusan dan
berbincang perkara itu, tapi untuk peringkat negeri, itu hak dia
(kerajaan Kelantan) sebagai kerajaan yang berkuasa,” katanya selepas
Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan
Puteri Umno Bahagian Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan, Rang Undang-undang (RUU) Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) diluluskan dalam Sidang Dun
Kelantan Kali Kedua Penggal Kelima dengan membenarkan penggunaan video
semasa perbicaraan, gari oleh penguatkuasa agama dan hukuman khidmat
komuniti.
Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,
Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassaruddin
Daud dan diluluskan sebulat suara.
8 orang berkata:
Siapa kecoh pak karam?
Kes 90 jota, kes durian kunyit, kes tanah 1 jota ekar kena rotan tak?
Yg tu tak kena bro. Rm90juta, durian kunyit dan karbon kredit tu atas nama islam bro. Lagipun pak lebai dapat wahyu utk semua2 tu.
Nak tanya.
Kalu tunjuk kote kat betina guna wassup, boleh kena sebat depan masjid tak?
Berani ke nik abduh laksanakan hukuman ni kat kelantan? Mintak2 nik abduh tak buat kelakar la yer. Harap kawan2 pm di parlimen akan benarkan. Hehe
Kote tu disebat 100x
Berduyun duyun la org jantan tua kelantan ke seberang utk layan nafsu.
Takut nanti perogol, penzina, hidung belang, lebai musang berjanggut dari klate tukar port kat ngganu pulak!!!
Jangan haraplah hukuman itu akan dijalankan selagi nik abduh tidak dilantik sebagai MB dan yg Tan belum dilantik jadi TMB
Post a Comment