Memang Bersatu ada minta runding kerusi: PKR
TANAH MERAH - PKR Kelantan mengesahkan ada permintaan daripada Bersatu
untuk berunding supaya parti baharu itu bertanding di kerusi parlimen di
negeri ini yang ditandingi PKR tetapi kalah pada PRU13 lalu.
Pengarah Komunikasi PKR negeri, Mohd Sukirman Mustafa berkata,
cadangan daripada pimpinan Bersatu berhubung rundingan itu menyebut tiga
kawasan parlimen terbabit iaitu Ketereh, Machang dan Tanah Merah.
Namun, katanya, kepimpinan PKR negeri belum memberikan kata putus
terhadap permintaan parti rakan dalam Pakatan Harapan itu dan
menyerahkan kepada pimpinan tertinggi parti untuk membuat keputusan.
"Dia (Bersatu) bukan minta (kerusi pilihan raya) tetapi nak berunding
dengan PKR negeri untuk bertanding pada PRU14 nanti di kerusi parlimen
yang PKR kalah pada PRU13.
"Bagaimanapun kita tak boleh beri begitu sahaja kerana dia mesti ada
kekuatan jentera dan calon boleh menang. PKR pun kena kemukakan calon
dan jika calon kita lebih baik, PKR tetap akan bertanding," katanya,
hari ini
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan
Bersatu sedang melobi PKR untuk bertanding di Parlimen Tanah Merah,
manakala sebagai ganti, PKR bertanding di Parlimen Jeli pada PRU14 akan
datang.
Mohd Sukirman berkata, berdasarkan kenyataan Pengarah Pilihanraya PKR,
Saifuddin Nasution sebelum ini, parti itu tidak akan melepaskan kerusi
parlimen yang kalah dengan majoriti tipis seperti Ketereh dan Machang.
"Tapi bagi kerusi Parlimen Tanah Merah, mungkin boleh runding lagi
(cadangan supaya Bersatu bertanding) sebab kita (PKR) kalah dengan
majoriti besar lebih 4,000 undi.
"Tetapi kalau ikutkan kenyataan Penasihat Pakatan Harapan Kelantan,
Datuk Husam Musa pula, kerusi di mana PKR bertanding pada PRU13 sama ada
parlimen atau Dun kekal milik PKR (pada PRU14)," jelasnya.
7 orang berkata:
pak karam, pru dah dokek, bilo ey hadi dan najib nak bincang bahagi2 kerusi parlimen??
jantung lobai hadi lomah lagi ko?
Saya memang mengharapkan pas dan umno bekerjasama agih kerusi pada pru14 nanti. Semoga pertandingan 1 lwn 1, iaitu diantara pas/umno lwn ph. Pakatan pas/umno mewakili melayu islam lwn ph pakatan diketuai kapiag dap pejuang lgbt,diketuai anwar aljuburi ,diketuai pan si khalwat dan berbual lucah dg bini org , diketuai ppbm kepala tuan guru rasuah dan penyeleweng ratusan billion wang negara.
Sudah berkali-kali saya mencari tempat yang menyediakan pesugihan,mungkin lebih dari 15 kali saya mencari paranormal mulai dari daerah jawa garut,sukabumi, cirebon, semarang, hingga pernah sampai ke bali ,namun tidak satupun berhasil, niat mendapat uang dengan jalan pintas namun yang ada malah kehabisan uang hingga puluhan juta, suatu hari saya sedang iseng buka-buka internet dan menemukan website dari MBAH BUDI HARTONO, sebenarnya saya ragu-ragu jangan sampai sama dengan yang lainnya tidak ada hasil juga, saya coba konsultasikan dan bertanya meminta petunjuk pesugihan apa yang bagus dan cepat untuk saya, nasehatnya pada saya hanya disuruh yakin dan melaksanakan apa yang di sampaikan MBAH BUDI HARTONO, semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari alhamdulilah akhirnya MBAH BUDI HARTONO membantu saya pesugihan dana gaib 5M yang saya tunggu-tunggu tidak mengecewakan, yang di janjikan cair keesokan harinya, kini saya sudah melunasi hutang-hutang saya dan saat ini saya sudah memiliki usaha sendiri di palembang, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi MBAH BUDI HARTONO di 085256077899 atau kunjungi websitenya agar lebih di mengerti klik disini-> KLIK PESUGIHAN DANA GAIB DISINI tidak lansung datang ke jawa juga bisa, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. alhamdulillah hasilnya sama baik
Hadi tongah bincang dongan kartel azmin kot?
Amno dah koncing hadi.
Lobai dah pocah barai.
1/3 sokong lobai. 1/3 harum manis. 1/3 masuk amanah.
Jadi tukun laa
Ko kenal tar snake?
Ko tak kenal kot...
Hehe
Bila PH guna 1 logo, umno, azmin dan pas akan tertonggeng...
Post a Comment