DAP mempunyai kata putus dalam Pakatan Harapan
KOTA BHARU - Pelantikan kepimpinan tertinggi dalam kalangan Pakatan
Harapan dilihat lebih kepada sandiwara berikutan kerusi yang ada dalam
pakatan pembangkang itu didominasi oleh DAP.
Bendahari Umno Negeri Kelantan, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh
berkata, umum mengetahui Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan
pemimpin veteran yang membuat keputusan dalam pakatan itu.
"Parti Peribumi paling kecil, cuma ada satu sahaja kerusi dalam
Parlimen berbanding DAP yang mempunyai lebih banyak kerusi, manakala PKR
kedua tertinggi dalam pakatan pembangkang itu.
"Ini bukan main-main, bukan drama, ini bukan badan bukan kerajaan
(NGO), sebaliknya ini parti politik yang akan menentukan pemerintahan
negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri
anjuran Dun Bunut Payong, di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin dan isterinya, Datin Norezan Abdullah.
Pada majlis berkenaan hampir 20,000 masyrakat pelbagai lapisan menghadiri majlis hari raya berkenaan.
Sementara itu, Mohamed Hasnan berkata, jentera Umno peringkat Dun Bunut
Payong sudah bersedia menghadapi PRU-14 bila-bila masa sahaja.
"Suasana dan keadaan pengundi di Parlimen Kota Bharu kini berpihak
kepada kita, jadi kita perlu teruskan buat 'engagement' dengan
masyarakat, tidak mustahil Kota Bharu akan jadi milik BN.
"Kalau berlaku pertembungan tiga penjuru dengan kehadiran Amanah, ia
memang akan menguntungkan kita, tetapi BN dan Umno tetap yakin membuat
perubahan walaupun bertanding satu lawan satu," katanya.
7 orang berkata:
pas paling teruk kene ngan dap..sampai jual agama la.. nak bodek dap n raih sokongan punya pasal.. gila betol hehe
Ayat untuk melagakan jemaah. Kenapa pak karam suka ambil kenyataan 'Mulut Longkang Umngok'
Statement 'Sampah' dari sebuah Parti Usang
um'Ngok' siapa tak kenal. Sebuah parti 'Sampah', 'Kotor' dan 'Busuk'
Hadi ada kuasa veto dlm pas, sekor lebai pun tak berani lawan cakap hadi.
pemimpin umno cakap tak serupa bikin, dulu semasa bn diPulau Pinang wakil rakyat umno wakil yang terbanyak, sekarang ni kata siapa yang banyak wakil dia yang pegang kuasa, habis dulu tu kenapa koh soo kon jadi km???? umno takut dengan gerakan???? jadi sahlah umno takut dengan parti parti lain, tu lah sebabnya rru yang diambil dari pas diserah semula kepada pas setelah diugut paerti lain dalam bn
Pas dan umno dah takut sbb PH makin kuat. Teruskan usaha.
PH semakin kuat. InshaAllah. Amiin
Post a Comment