Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP PAKSA ROS BERI SURAT RESMI

DAP&ROS BERTAMBAH SENGIT ?
CAKAP SIAPA YANG DIGERUNI DAP&ROS ?
KITA TUNGGU SIAPA YANG LEBIH
BERANI APABILA DICABAR.



-Pak Karamu-
 
 
 
 
DAP beri tempoh 48 jam kepada ROS
0
Gobind Singh Deo
Gobind Singh Deo
 
SHAH ALAM - DAP memberikan tempoh selama 48 jam kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menghantar surat rasmi berhubung arahan bagi mengadakan pemilihan semula jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya tiada sebarang surat rasmi diterima menjelang Jumaat ini, parti itu tidak mempunyai pilihan lain dan perlu mempertimbangkan opsyen yang ada bagi menangani permasalahan tersebut.
“Kita tidak boleh mengadakan pemilihan baru semula tanpa sebarang komunikasi rasmi dari ROS dan itu menjadi pendirian saya dalam hal ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: SPR tidak campur tangan isu CEC]

“Oleh itu, surat itu amat penting bagi kami malah ia mesti menjelaskan sebarang keputusan dibuat dan perintah atau arahan yang perlu kita patuhi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

ROS dalam satu kenyataan sebelum ini mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa eksekutifnya.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapati bahawa pemilihan semula DAP yang diadakan pada 29 September 2013, tidak mengikut undang-undang.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong mendakwa ROS sebenarnya cuba untuk melengahkan masa bagi berkomunikasi secara terus dengan DAP.

“Kelewatan oleh ROS ini akan memberi kesan kepada kami (DAP) dan ia pastinya akan menjejaskan parti,” katanya.

Tambah beliau, ROS perlu menjelaskan sama ada surat rasmi tersebut akan dihantar atau tidak bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selepas ini.

“Adakah tindakan ini (pemilihan CEC) akan diambil hanya berdasarkan kepada kenyataan media mereka (ROS) sebelum ini?

“Sebab itulah mereka perlu menghantar surat rasmi tersebut kepada kami (DAP),” katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Sekiranya isu perlantikkan x sah disisi ros. Hantar surat minta buat perlantikan baru.
Kecik je ni...

Anonymous said...

pas dah x backup abg lim skrg, semua orang berani kaco abg lim dah kekekeke...dlu anak didik abg lim dyana sopya x pakai tudung pun xda sape berani usik sebab pas backup kekeke..demo bersih pun xda sape yg berani x pegi sebab pas kata dapat pahala jihad kekekeke.. arak abg lim kat selangor pun sape2 yg sebok nak usik pas tendang masuk dalam loji taik kekekeke..
abis nak wat camne, dulu pas backup ko sampai pas sanggup jual agama tapi ko x jaga ati pas.. padan muka ko abg lim kekeke..bukan kecik anak, agama pun pas jual.. hagak2 la sikit abg lim oi...kekekeke

Anonymous said...

Pas dah tak peduli dgn lim gian eng kapiag harbi tu. Yg do backup lge ada tiga empat kerat ahli pas yg dah terasa sedap dan lazat dok makan tahi lge dan lks. Biag p kat depa lah....

Anonymous said...

kalo dah x backup baguih la..pas baguih jadi ngo ja.. selagi dok dalam politik selagi tu la terbabaih juai agama..wat malu anak cucu ja aihh.. nak dapat undi kena juai agama la..syurga neraka pun dah jadi mcm mak bapak kita punya la.. betoi ka? dap pkr umno mca mic depa dok dalam lobang taik politik demokrasi.. hang x payah ikut terjun la pasai alasan nak bagi agama kat orang ramai.. karut la alasan tu aihh..hang nak betoikan orang ramai, hang pun ikut terjun dalam lobang taik depa, hang pun bertaik la.. betoi ka? hang jadi ngo ok la betoi ka?tapi jadi ngo x masyuk dan x dipuja manusia pulak.. betoi ka?hang ajaq agama pun kadang2 karut ja bunyi dia..tuhan ada muka tapi x sama muka kita la.. tuhan bersila atas langit la tapi x sama sila kita la.. orang cakap hang wahabi x ngaku.. padahai yg hang cakap tu akidah wahabi la tu.. betoi ka?
wat malu anak cucu ja aihh..

Anonymous said...

Ha ha...pecacai dap kapir dan pentaksub mat sabu khalwat dan berbual lucah dgn isteri kawan sendiri meroyan,,,hang nak p sokong puak tu,,hang punya pasai la,, jgn dok sibuk dgn halatuju pas. Pas buat keputusan berdasarkan syura. Jgn la dengki kat depa.

Anonymous said...

ikut hang la asai hang bahgia.. di lain masa semoga pas x pecah belah kapiaq2kan sesama muslim demi politik noh.. insyaAllah

Anonymous said...

Janji umno dan pas lingkup, ok la

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.