Gerakan mahu saman Guan Eng
KUALA LUMPUR - Gerakan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikutan kenyataan beliau yang
didakwa memfitnah parti itu dalam isu tanah di Tanjung Tokong.
Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng berkata, sebuah notis
tuntutan diserahkan kepada Guan Eng bagi menuntut beliau meminta maaf
secara rasmi dan tanpa syarat kepada Gerakan melalui sidang media dalam
masa 72 jam mulai hari ini.
"Guan Eng didapati berulang kali mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah
dengan mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Gerakan di bawah
bekas Presiden Gerakan dan Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah
menjual tanah penambakan di Tanjung Tokong (Sri Tanjung Pinang) kepada
pemaju pada 1990-an dengan harga RM1 kaki persegi bagi keluasan 980 ekar
bernilai RM42.7 juta.
"Setelah berbincang dengan pemimpin dan ahli parti serta mendapat
pandangan peguam parti, kami membuat keputusan mengambil tindakan
undang-undang untuk mempertahankan nama baik, imej dan kepentingan parti
serta Tsu Koon," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Beliau mendakwa, tidak wujud jualan tanah Tanjung Pinang oleh Gerakan
sebaliknya ia merupakan perjanjian konsensi penambakan tanah yang
diberikan pada 1992.
Menurut beliau, terdapat dua komponen penting iaitu hak menambak tanah dan pegangan syer dalam penambakan tanah.
"37 peratus adalah syer milik kerajaan Pulau Pinang dan pada fasa
pertama, sejumlah 240 ekar telah ditambak dan 47 ekar diserahkan balik
kepada kerajaan Pulau Pinang.
"Bagi fasa kedua, 760 ekar ditambak dan 191 ekar harus diserahkan
kepada kerajaan negeri tetapi kerajaan pimpinan DAP menggunakan 110 ekar
untuk projek tiga lebuh raya dan terowong bawah laut. Ini bermakna,
Gerakan tidak pernah menjual tanah dengan harga RM1 kaki persegi,"
katanya.
Katanya lagi, Gerakan mempunyai bukti bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika ini sebenarnya yang menjual tanah.
"Saya ada senarai mereka menjual tanah sejak 2008 melibatkan berbilion ringgit dan sehingga hari ini tidak pernah dijawab.
"Jadi, saya minta DAP supaya jangan terus memfitnah Gerakan sedangkan mereka yang banyak menjual tanah kerajaan," dakwanya.
4 orang berkata:
Let's rock
Let's dangdut
Luv ya Kelantan
Membangun bersama gelek dangdut!
Hidup rock 3x
Salam rock dari serambi dangdut....
Yeehaaaaa
Post a Comment