Mahathir jangka orang Melayu hilang kuasa 2050
PUTRAJAYA - Orang Melayu di negara ini dijangka hilang kuasa dan
keistimewaan menjelang 2050, sekiranya gagal memperjuangkan nasib bangsa
sendiri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap orang
Melayu yang gemarkan keselesaan dan tidak mahukan perubahan menyebabkan
bangsa itu akan lenyap dari muka bumi ini.
“Inilah keadaan sekarang ini, kerana orang Melayu kita sukakan
keselesaan, tidak suka ketidakselesaan. Kita tidak mahu perubahan. Kalau
boleh biarlah orang lain yang melakukan dan kalau tidak dapat pun tak
mengapa.
“Kalau kita bersikap demikian, masa depan orang Melayu akan menjadi
satu bangsa yang hilang dari muka bumi ini,” katanya dalam Dialog Tokoh
Politik Bersama Cendekiawan Melayu, bertajuk Forum Hala Tuju Politik
Melayu anjuran Gabungan Intelektual Melayu di Yayasan Kepimpinan
Perdana, semalam.
Dengan memberi contoh Tamadun Mesir, Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kepada orang Melayu di negara ini.
“Banyak sudah bangsa yang maju sudah tidak ada sekarang ini kerana mereka tidak bertindak menyelamatkan bangsa mereka.
"Kalau orang Melayu tidak mahu bertindak menyelamatkan, kita juga akan
menjadi bangsa sama. Saya bagi masa tak lama, dalam 2050 orang Melayu
akan hilang,” katanya.
Menurutnya, menjual hak kepunyaan orang Melayu menyebabkan bangsa itu jadi minoriti, hilang kuasa politik dan ekonomi.
3 orang berkata:
Bersama lebai temberang . Penjual agama.
Ha3
membohong je kerja parti politik yg jual agama ni hehe.. ko nak intai seseorang tu dah terkeluar jalur dalam islam mesti kena intai 3 rukun wajib/fardhu ain..
1-tauhid-jgn sampai tajsim dan tashbih, mesti tanzih
2-feqah-jgn sampai hukum yg qott'ie ko terbalik2 kan..
3-tesauf-jgn sampai pegang wahdatul wujud yg sesat..
kalo ko x langgar garisan2 tu semua insyaAllah ko masih muslim sejati walau ada terlajak2 kekurangan.. insyaAllah..
bukan ko kena intai seseorang tu pangkah pas ke x hehe, bukan bermakna ko x duduk ngan pas ko dah x jadi muslim dah ye, jgn salah paham hehe..
maulid nabi saw pun dia nyanyi bidaah2, dia nak sembang ape g hehehe.. membohong budak2 beringus je kejenya hari2..
Jangan jual temberang la lebai musang berjanggut. Korang berjanggut tu bila nak pulangkan duit saham kohilal kami? Korang nak bayar balik bila dah masuk kubor ke? Kami tuntut duit saham kohilal kami walaupun sampai akhirat. Duduklah korang kat neraka selagi korang tak bayar.
Post a Comment