Ambil langkah selesai konflik
SHAH ALAM - Pengumuman struktur pimpinan dan logo rasmi oleh Pakatan
Harapan, adalah usaha gabungan pembangkang selesaikan konflik menentukan
pemimpin nombor satu mereka.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa,
Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata,
sebelum ini banyak rungutan dalam kepimpinan Pakatan Harapan apabila
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menonjolkan diri sebagai
pemimpin utama pembangkang.
“Ini timbulkan kereta-kan dalam Pakatan Harapan dan saya rasa ia yang
menyebabkan kepimpinan gabungan berfikir perlunya penyelesaian
menentukan siapa patut diletakkan sebagai pemimpin tertinggi.
“Disebabkan itu, Pakatan Harapan umumkan struktur organisasi dan logo rasmi mereka,” katanya, semalam.
Kelmarin, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan memuktamadkan
struktur pimpinan dan logo rasmi mereka setelah melalui perbincangan
sebelum ini.
Menerusi pengumuman itu, Mahathir secara rasmi dilantik Pengerusi
Pakatan Harapan, manakala bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim sebagai Ketua Umum dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail pula sebagai Presiden.
Ahmad Marthada berkata, apa yang dilakukan Pakatan Harapan adalah untuk
meletakkan satu landasan lebih jelas buat gabungan pembangkang,
khususnya melibatkan hala tuju dan barisan kepimpinan mereka bagi
menghadapi PRU14.
Selain itu katanya, sekiranya Pakatan Harapan dapat selesaikan isu
kepimpinan dihadapi dengan segera, ia beri ruang buat gabungan itu
menumpukan agenda yang lebih utama, antaranya penetapan kerusi PRU14.
“Mereka cuba cari satu titik pertemuan, di mana boleh adakan kerjasama dengan lebih berkesan,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof
Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, gandingan Mahathir dan Anwar tidak
semestinya meyakinkan rakyat.
Tegasnya, keyakinan dalaman gabungan Pakatan Harapan seharusnya dibina
terlebih dahulu bagi memastikan golongan yang terlibat dalam reformasi
boleh menerima tindakan Mahathir memecat Anwar sebelum ini.
4 orang berkata:
PIGS dah karam dulu dah....hahaha3
Pas karam terus jadi tukun
Mana tak karam. 1/3 dah masuk amanah, 1/3 harum manis. Tinggal 1/3 yg masih nak jadi unta.
Pas ngan umno ni bila dah takut nak kalah, cakap pun dah merapu2. Kesian aku tengok
Post a Comment