'Gentleman sikitlah', kata Muhyiddin
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno disarankan lebih bersikap terbuka dengan
usaha Pemuda Armada Bersatu yang berhasrat menghantar kad undangan
Nothing2Hide 2 (N2H2) kepada semua kepimpinan Umno.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan menyekat
oleh Pemuda Umno itu seharusnya tidak perlu berlaku kerana ia tidak
menggambarkan sebagai satu ugutan.
"Katanya mereka ini (Pemuda Umno) adalah pemuda harapan bangsa jadi perlulah bersikap lebih terbuka.
"Sepatutnya mereka anggap usaha ini sebagai satu cabaran. Jadilah
'gentleman' sikit," katanya pada sidang media di Pejabat Ketua
Pembangkang, di Parlimen, hari ini.
Semalam, cubaan menghantar kad undangan menghadiri program N2H2 oleh
sekumpulan Pemuda Armada bertukar kecoh apabila mereka dihalang untuk
memasuki Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
[ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh jadinya apabila Umno-Bersatu bertemu]
Kejadian dipercayai berlaku jam 3 petang, apabila Pemuda Armada seramai
30 orang yang pada awalnya mahu berarak secara aman menuju PWTC dari
pusat beli-belah Sunway Putra, dihalang kira-kira 100 Pemuda Umno.
1 orang berkata:
Duit saham kohilal aku mana? Ko nak bawak masuk kubor ke? Babi betul ko ni
Post a Comment