Jangan sampai kita buka aib Mahathir
BAGAN DATUK - "Kalau dia tidak jaga mulut dan berkelakuan baik, kita akan buka aib dia selama 22 tahun memerintah negara.
Itu amaran yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian
Bagan Datuk, pagi tadi.
Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, setiap pemimpin mempunyai zaman
pemerintahan mereka sendiri dan lazimnya pemimpin baharu akan menyatakan
pemimpin terdahulu melakukan kesilapan lalu melakukan perubahan.
"Tetapi di Malaysia pemimpin dahulu menyalahkan pengganti-penggantinya,
menyalahkan Datuk Seri Najib Abdul Razak serta Tun Abdullah Ahmad
Badawi dan ia amat luar biasa.
"Sepatutnya zaman dia (Tun Mahathir) sudah berlalu, jadi diam-diam
duduklah berzikir, engkau buka aib pemimpin sekarang jangan lupa kita
pernah tutup aib dia dan jangan sampai kita buka aib dia," katanya yang
disambut dengan sorakan gemuruh daripada ahli perwakilan.
4 orang berkata:
Pak karam, jantung lobai marang dah ok ke? Dia cuti lagi ke? Bila nak jumpa pm bincang2 pembahagian kerusi parlimen?
Madey lebih kuat drp hadi la pak karam
Kerusi pas boleh share amanah dgn bersatu. Kerusi azmin bagi kat mat sabu. Bukan susah sgt pun pak karam
Tahniah pas kelantan.
MEMBANGUN BERSAMA ROCK.
MEMBANGUN BERSAMA GELEK DANGDUT.
YEEEEEEE HAAAAAAA
Post a Comment